Kes baru Covid19 semakin menurun, 801 kes hari ini
Kes baru Covid19 semakin menurun, 801 kes hari ini

Kes baru Covid19 semakin menurun, 801 kes hari ini

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 546 kes (68.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes (12.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 649 kes (81 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman, sebanyak 62 kes (7.7 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara turut dilaporkan pada hari ini.

Secara keseluruhannya, sehingga 28 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 801 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 801 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Iran  (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Arab Saudi (1 kes di Selangor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 546 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Gaya;
    • 271 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 88 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Labuan : 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak : 27 kes
    • 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Greenhill; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 24 kes
    • 10 kes daripada kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 19 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 13 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Idaman;
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu11 kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayu; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
239 12156 Sabah Lelaki (WN) 66 Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
240 14415 Sabah Perempuan (WN) 73 Hospital Tawau Penyakit paru-paru kronik
241 15287 Sabah Perempuan (WN) 35 Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi, asma,  dislipidemia dan strok
242 29183 Sabah Lelaki (WN) 67 Hospital Queen Elizabeth Penyakit jantung dan gout
243 29184 Sabah Perempuan (WN) 73 Hospital Queen Elizabeth
244 29185 Sabah Lelaki (BWN) 70 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis dan darah tinggi
245 29186 Sabah Lelaki (BWN) 56 Hospital Duchess of Kent Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
246 28252 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER SERI GAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14153) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
  • 47 individu dikesan negatif.

KLUSTER GREENHILL

Kluster baharu ini dilaporkan di daerah Kuching dan Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27786) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (21 kes baharu); dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER IDAMAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di negeri Selangor dan juga daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16044) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 300 individu dikesan negatif; dan
  • 170 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAYU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25677) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana:

  • 8 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 60 individu negatif; dan
  • 36 individu menunggu keputusan.

 

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 546 13,701
SELANGOR 89 (1) 4,360
W.P. KUALA LUMPUR 14 (1) 2,991
KEDAH 28 2,080
NEGERI SEMBILAN 24 1,516
PULAU PINANG 19 944
JOHOR 8 887
SARAWAK 27 846
PERAK 6 490
PAHANG 0 392
W.P. LABUAN 29 375
MELAKA 0 310
TERENGGANU 11 191
KELANTAN 0 179
W.P. PUTRAJAYA 0 141
 PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 801 (2) 29,441

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(28 Oktober 2020)

  Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
  Tembok Kedah, Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama 26 1,705 8,870 575 (6) 1,127 3
  Benteng LD Sabah Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran 26 1,122 16,535 248 (0) 873 1
  Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 21 295 707 295 (0) 0 0
  Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur Hulu Langat, Cheras, Titiwangsa 16 98 2,155 90 (0) 8 0
  Saguking WP Labuan Labuan 14 176 2,735 146 (0) 29 1
  Mesra Sabah Sandakan 14 49 116 41 (0) 7 1
  Makekar Terengganu, Selangor Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang 11 28 416 28 (0) 0 0
  Titir Sabah Keningau 10 61 986 60 (0) 1 0
  Jalan Bomba Sabah Sandakan 8 39 316 25 (0) 12 2
  Penjara Reman Pulau Pinang Timur Laut 6 461 2,964 63 (0) 397 1
  Bayan Pulau Pinang, Kedah Seberang Perai Utara, Barat Daya, Timur Laut, Bandar Baharu 6 24 578 23 (0) 1 0
  Bina Labuan WP Labuan Labuan 6 20 171 19 (0) 0 1
  Tujuh Serangkai Sabah Tuaran, Kota Kinabalu 5 380 3,277 149 (0) 229 2
  Teduh Sabah Lahad Datu 5 22 2,392 10 (0) 12 0
  Ramai-Ramai Sabah Sandakan 4 254 777 125 (1) 129 0
  Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat,  Kuala Selangor,  Seremban, Titiwangsa, Putrajaya 3 115 1,139 88 (0) 27 0
  Melati WP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak Titiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak 3 65 306 57 (0) 8 0
  Alma Pulau Pinang, Perak, Kedah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu 3 36 592 27 (0) 9 0
  Kempas Johor Johor Bahru, Kulai, Pontian 3 33 477 33 (0) 0 0
  Kertang Sabah Kota Belud 3 28 724 28 (0) 0 0
  Limbungan WP Labuan Labuan 3 23 383 23 (0) 0 0
  Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor,  Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras     2 231 892 52 (0) 179 0
  Bah Manggis Sabah, Selangor, Negeri Sembilan Tawau, Kuala Langat, Klang, Seremban, Port Dickson 2 73 1,984 34 (0) 39 0
  Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut, Matang & Selama, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan   2 52 993 38 (0) 14 0
  Penjara Tapah Perak Batang Padang 2 13 2,676 11 (0) 2 0
  Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang 1 1,670 3,491 1,665 (0) 5 0
  Penjara
 Seberang Perai
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 1 256 3,392 182 (0) 74 0
  Tanamera Sabah Tawau 1 66 160 39 (0) 27 0
  Sungei Way Selangor, WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut, Seberang Perai Utara   1 59 370 24 (0) 35 0
  Bah Tropicana Selangor, WP Kuala Lumpur Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai 1 55 735 18 (0) 37 0
  Cahaya Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur Petaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong 1 41 323 36 (0) 5 0
  Bah Kota Selangor, Negeri Sembilan Sepang, Petaling, Seremban   1 13 181 10 (0) 3 0
  Bandaran Sabah Kota Kinabalu 1 13 70 13 (0) 0 0

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS