Kes baru Covid19 terus menurun, tiada kematian dilaporkan, 1000 kes disahkan pulih

Kes baru Covid19 terus menurun, tiada kematian dilaporkan, 1000 kes disahkan pulih

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 599 kes (90.9 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 137 kes (20.8 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dan pusat tahanan sementara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Kepayan (26 kes) dan Kluster Rumah Merah (111 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 31 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 659 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,051 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh yang melibatkan bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 529 kes
    • 205 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 55 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 25 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 12 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang : Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 83 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster.

 

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 529 15,048
SELANGOR 55 4,700
W.P. KUALA LUMPUR 11 3,044
KEDAH 2 2,124
NEGERI SEMBILAN 25 1,607
PULAU PINANG 2 994
JOHOR 0 906
SARAWAK 9 881
PERAK 6 511
W.P. LABUAN 12 469
PAHANG 1 394
MELAKA 0 311
TERENGGANU 2 194
KELANTAN 1 180
W.P. PUTRAJAYA 4 147
 PERLIS 0 38
JUMLAH KESELURUHAN 659 31,548

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(31 Oktober 2020)

Kluster Negeri Daerah Kes Baharu Jumlah Kes Jumlah Yang Disaring Kes Aktif (Kes ICU) Jumlah Sembuh Jumlah Kematian
1 Rumah Merah Sabah Kota Kinabalu 111 168 333 168 (0) 0 0
2 Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang 26 1,702 3,492 1,688 (0) 14 0
3 Kaya Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat 17 411 1,087 408 (0) 3 0
4 Ramai-Ramai Sabah Sandakan 13 267 790 101 (0) 166 0
5 Mesra Sabah Sandakan 9 76 116 61 (0) 14 1
6 Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 8 126 2,190 76 (0) 50 0
7 Inai Sabah Kudat 8 58 115 26 (0) 32 0
8 Basung Sabah Kudat 7 43 653 42 (0) 1 0
9 Lintas Sabah Kota Kinabalu 7 13 32 13 (0) 0 0
10 Titir Sabah Keningau 6 95 1,485 91 (0) 4 0
11 Jalan Bomba Sabah Sandakan 6 45 319 17 (0) 26 2
12 Greenhill Sarawak Kuching, Miri 6 42 143 42 (0) 0 0
13 Cahaya Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur Petaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras   4 52 352 34 (2) 18 0
14 Merpati Selangor, WP Kuala Lumpur Sepang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Kepong 4 49 125 49 (0) 0 0
15 Taman Bunga Negeri Sembilan Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol 4 28 62 26 (1) 2 0
16 Telipok Sabah Kota Kinabalu 4 14 147 14 (0) 0 0
17 Saguking WP Labuan Labuan 3 231 3,345 190 (0) 40 1
18 Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kerian, Larut Matang & Selama   3 50 1,107 44 (0) 6 0
19 Megah Sabah Sandakan, Kota Kinabalu 3 28 64 14 (0) 13 1
20 Samudera Sabah Sandakan 3 12 12 9 (0) 3 0
21 Bah Manggis Sabah, Selangor, Negeri Sembilan Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson 2 77 1,989 19 (0) 58 0
22 Buntar Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan 2 55 1,042 15 (1) 40 0
23 Sauh Sabah, Sarawak Kota Kinabalu, Papar, Miri, Daro 2 32 403 12 (0) 20 0
24 Makekar Terengganu, Selangor Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang 2 31 905 31 (0) 0 0
25 Mentari Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kepong 2 30 111 21 (1) 8 1
26 Sofi Negeri Sembilan Seremban 1 103 174 91 (0) 12 0
27 Menara Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, Melaka Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah 1 85 548 27 (0) 58 0
28 Simera Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Kelantan Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah   1 84 1,152 31 (0) 53 0
29 Alma Pulau Pinang, Perak, Kedah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu 1 41 764 17 (0) 24 0
30 Astaka Selangor, Pahang Petaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Maran   1 33 115 33 (0) 0 0
31 Bah Kenangan Selangor Hulu Langat 1 28 60 6 (0) 22 0
32 Bina Labuan WP Labuan Labuan 1 22 171 21 (0) 0 1
33 Titian WP Labuan Labuan 1 12 530 12 (0) 0 0

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )