Kes baru di Kedah kembali 3 angka

Kes baru di Kedah kembali 3 angka

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 14 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,768 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65 peratus). Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan.

Negeri Kedah pula mencatatkan sebanyak 113 kes (17.1 peratus) yang mana 109 kes adalah daripada Kluster Tembok yang melibatkan Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani, manakala Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 17 kes daripada Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 68 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat enam (6) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari:

  • Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Indonesia (2 kes daripada saringan sign on kapal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Filipina (1 kes daripada saringan sign on kapal di Wilayah Persekutuan Labuan).

Daripada 654 kes penularan di dalam negara, 608 kes adalah warganegara Malaysia dan 46 kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 429 kes
    • 197 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 154 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 68 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 termasuk tiga (3) kes dengan sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kencana;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang juga mempunyai sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 113 kes 
    • 112 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kencana;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Tiga (3) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Perak: Tiga (3) kes 
    • Dua (2) kes saringan individu bergejala; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Simera.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Utama; dan
    • Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Negeri SembilanSatu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 167 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian Kes Negeri Jantina Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
164 11152 Sabah Lelaki WN 80 Hospital Lahad Datu Penyakit darah tinggi dan gout
165 17307 Sabah Perempuan WN 63 Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi dan kencing manis
166 17308 Sabah Perempuan WN 73 Hospital Duchess of Kent   Penyakit darah tinggi  
167 17309 Sabah Perempuan BWN 47 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAHARU:  KLUSTER KENCANA

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti yang melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13805) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 14 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19;
  • Empat (4) individu negatif; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

TINDAKAN AKTIF MENGAWAL PENULARAN KES COVID-19 DALAM KELOMPOK KLUSTER-KLUSTER SEDIA ADA

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, terdapat peningkatan jumlah kluster-kluster baharu dilaporkan terutama di Semenanjung Malaysia, di samping peningkatan kes dalam kluster-kluster yang sedia ada. 

Berikutan dari peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif ini, terdapat beberapa daerah di Semenanjung Malaysia yang telah berubah menjadi zon kuning dan merah. Sehingga 14 Oktober 2020, sebanyak 52 daerah yang dilaporkan menjadi zon kuning dan sebanyak 19 daerah telah menjadi zon merah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pelbagai tindakan diambil Kementerian Kesihatan misalnya dengan menjalankan Active Case Detection (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman, serta meningkatkan ujian, pengesanan, pengasigangan dan rawatan. Dalam masa yang sama, KKM dengan kerjasama pelbagai agensi berusaha memberikan penjelasan, khidmat nasihat dan didikan kepada masyarakat agar terus membudayakan norma baharu kehidupan agar kita dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan di dalam komuniti.

Oleh itu, KKM ingin mengajak rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk terus bersatu dan bersama-sama dalam perjuangan membendung penularan COVID-19 sebelum situasi pandemik ini menjadi lebih parah. Masyarakat, komuniti dan individual perlu berganding bahu dalam usaha ini dan bersama-sama mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )