Kes Bayi 15 bulan maut terjerut pada buaian - Bapa mohon siasat semula
Kes Bayi 15 bulan maut terjerut pada buaian – Bapa mohon siasat semula

Kes Bayi 15 bulan maut terjerut pada buaian – Bapa mohon siasat semula

Tular sebulan lalu kejadian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya terjerut pada kain buaian di rumah pengasuh.

Menurut laporan media, hasil siasatan polis mengatakan bayi itu diberikan susu kemudian ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik bersama dua kanak-kanak lain.

Pengasuh mengatakan dia keluar dari bilik untuk melakukan tugasan lain dan apabila masuk semula ke bilik, mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan tersangkut pada kaian buaian.

Pengasuh juga mendakwa menjalankan ujian CPR tetapi bayi berkenaan gagal bernafas dan terus di bawa ke Klinik Kesihatan Sendayan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Bayi itu telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik kedua rumah pengasuh di mana bahagian leher dan kepalanya telah terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian manakala badannya masih berada dalam buai.“ – laporan Utusan.

Namun begitu, apa yang mencurigakan apabila bapa bayi itu, Yuseri Yusoff mengatakan anaknya tidak pernah tidur dalam buaian tetapi ketika kejadian, pengasuh meletakkan dalam buaian kerana mendakwa anaknya susah hendak tidur.

Oleh sebab masih tiada perkembangan kes atau keadilan seperti yang diharapkan, Yuseri Yusoff memuat naik beberapa hantaran di laman Facebook memohon pihak berkaitan menyiasat semula mengenai kes anaknya.

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut!

Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Pengasuh masuk memeriksa Baby Syifaa sekitar jam 3.00 petang dan melihat Baby Syifaa terjerut di dalam buai dalam keadaan tergantung.

Namun, sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!

Polis membuat siasatan berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh Pengasuh dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 tapi sehingga ke hari ini kes belum dituduh di mahkamah.

Buai yang menjerut Baby Syifaa adalah buai kain yang seperti “jaring”. Itulah yang dikatakan oleh Pengasuh semasa siasatan polis.

Tapi timbul keraguan, kain yang menjerut leher tidak meninggalkan kesan (lebam) berbentuk satu garisan lurus.

Tak percaya, cuba ambil kain jerut leher sendiri. Tidak perlu, lama cukup 2 minit. Kain tidak akan tinggalkan lebam lurus satu garisan.

Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa.

Aku tak mahu bising sebelum ini kerana memang aku tunggu dan lihat apa tindakan akan berlaku dalam 30 hari.

Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.

Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jerutan tali, wayar atau kabel

Gambar kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa ini dihantar kepada pakar forensik di luar negara. Tahu apa pandangan mereka selepas melihat gambar ini?

Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.-Odisi

Bapa mohon kes disiasat semula

(Visited 88 times, 1 visits today)

COMMENTS