Kes Covid19 di Sabah terus meningkat, catat lagi kluster baru
Kes Covid19 di Sabah terus meningkat, catat lagi kluster baru

Kes Covid19 di Sabah terus meningkat, catat lagi kluster baru

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,276 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 751 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan lima (5) bukan warganegara dari negara:

  • Indonesia: Tiga (3) kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  dilaporkan di Selangor;
  • United KingdomSatu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
  • Pakistan: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  • Zambia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 51 kes penularan di dalam negara, 45 kes adalah warganegara Malaysia dan enam (6) kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 49 kes
    • 14 kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan 13 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 12 kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan 11 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan tiga (3) warganegara dan dua (2) bukan warganegara;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Kuarters, iaitu kluster baharu di Tongod, Sabah yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI), di mana kedua-dua kes dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan bergejala iaitu di Hospital Queen Elizabeth dan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada saringan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pelatih pusat rehabilitasi yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan dilaporkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9390 yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Tawau yang melibatkan bukan warganegara.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: Satu (1) kes saringan pra pembedahan Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara.

Ingin dimaklumkan bahawa pengesanan kontak rapat masih dijalankan bagi semua kes disahkan positif COVID-19. Kesemua kontak rapat yang dikenalpasti perlu dikuarantinkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari serta akan menjalani ujian saringan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan dalam perintah tersebut.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes (1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI SABAH: KLUSTER KUARTERS

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Tongod, Sandakan, Sabah. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan yang telah dijalankan di sekitar Daerah Tongod susulan saringan COVID-19 satu (1) petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September 2020. Beliau telah disaring sebagai saringan rujukan ke hospital. Namun, ujian pengesahan COVID-19 ke atas beliau (iaitu rt-PCR) didapati negatif.

Saringan di sekitar Daerah Tongod yang bermula pada 6 September 2020 telah melibatkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Klinik Kesihatan tersebut. Lima (5) kes positif COVID-19 telah dikenalpasti setakat ini. Kesemua kes positif (iaitu kes ke-10253 hingga ke-10257) dalam kluster ini merupakan warganegara. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.

Sehingga 21 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 117 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19; dan
  • 112 masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Klinik Kesihatan Tongod. Semua pesakit yang mempunyai temujanji di klinik tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Tongod akan bermula semula setelah aktiviti nyah kuman dan proses pembersihan tamat kelak.

STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH

Kluster Pulau

Terdapat 14 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 29 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 451 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (371 disaring):
    • 26 kes dikesan positif COVID-19 (14 kes baharu);
    • 155 individu negatif; dan
    • 190 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna (80 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 29 kes positif COVID-19, 26 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga (3) adalah warganegara Filipina.

Kluster Selamat

Terdapat 12 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 19 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 215 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); dan
  • 196 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 19 kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan 18 warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara.

Kluster Benteng LD

Terdapat lima (5) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 583 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 9,610 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Tawau (7,134 disaring);
    • 426 kes dikesan positif COVID-19;
    • 5,109 individu negatif; dan
    • 1,599 individu menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,475 disaring):
    • 156 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 1,013 individu menunggu keputusan.
  • Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 475 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,384 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,153 kontak sosial di mana 58 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 583 kes positif COVID-19, 290 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 293 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (192 kes); dan
  • Indonesia (101 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan. 

Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 74 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 24,699 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  1. Kedah (24,510 disaring):
    • 73 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 24,205 individu negatif; dan
    • 232 individu menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (142 disaring):
    • 142 individu negatif.
  3. Perlis (47 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    • 43 individu negatif; dan
    • Tiga (3) individu menunggu keputusan.

Kesemua 74 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS