Kes dera : Polis sahkan ibu kandung pernah menerima rawatan psikiatri
Kes dera : Polis sahkan ibu kandung pernah menerima rawatan psikiatri

Kes dera : Polis sahkan ibu kandung pernah menerima rawatan psikiatri

Polis mengesahkan ibu kandung kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, kelmarin pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun
hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.

“Ya, suspek pernah mendapatkan rawatan, tetapi sudah lama iaitu pada 2019 dan rawatan itu diterima di Hospital Melaka,
namun hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa,” katanya.

Semalam sepasang suami isteri yang disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Krubong Jaya direman tujuh hari sehingga 5 Februari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, mangsa ditemukan lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Baca Juga : [VIDEO] Keluarga angkat mahu tuntut jenazah Amir, kebumi di Rawang

Baca Juga : Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak, sedih mengenangkan mangsa

Mengulas lanjut, Mohd Sukri menggesa masyarakat untuk menghentikan segala bentuk spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat selain mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Serah saja kepada polis untuk menjalankan siasatan dan polis akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah,” katanya.

Sumber Artikel

(Visited 17 times, 1 visits today)

COMMENTS