Kes harian Covid-19 menghampiri 4,000 kes
Kes harian Covid-19 menghampiri 4,000 kes

Kes harian Covid-19 menghampiri 4,000 kes

SEBANYAK 3,997 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Rabu iaitu 3,683 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,754,513 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulis beliau. –MStar

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS