Kes positif Covid-19 di Kedah meningkat kepada 101 orang

Kes positif Covid-19 di Kedah meningkat kepada 101 orang

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan sehingga 2 Mei 2021, adalah 3,418 kes dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 415,012 kes.

Katanya, 12 lagi korban meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,533 orang.

Sementara itu, Noor Hisham berkata seramai 345 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 175 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jelasnya, kes harian tertinggi dicatat di Selangor dengan 1,200 kes, diikuti Sarawak (587 kes) dan Kelantan 400 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula katanya, adalah sebanyak 30,339 kes.

Status ringkas:

Jumlah kes sembuh: 2,698
Jumlah kumulatif: 383,140 (92.3%)
Jumlah kes baru: 3,418
Jumlah kumulatif: 415,012
Jumlah kes aktif: 30,339
Kes local: 3,408 (3,134WN, 274BWN)
Kes import: 10 (1WN, 9BWN)
Jumlah kematian:12 WN
Jumlah kumulatif: 1,533 (0.37%)
Jumlah kes di ICU:345
Pesakit Intubated:175
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,200 (134,849)
Sarawak – 587 (31,691)
Kelantan – 400 (14,674)
Sabah – 115 (58,315)
Johor – 213 (45,900)
WP KL – 198 (44,169)
Pulau Pinang – 145 (20,084)
Negeri Sembilan – 73 (18,912)
Perak – 77 (14,890)
Kedah – 101 (10,136)
Melaka – 61 (7,489)
Pahang – 45 (5,270)
Terengganu – 184 (4,419)
WP Labuan – 7 (2,463)
WP Putrajaya – 8 (1,383)
Perlis – 4 (368)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )