Kes Takiri: Pemuda AMANAH Kedah lapor polis
Kes Takiri: Pemuda AMANAH Kedah lapor polis

Kes Takiri: Pemuda AMANAH Kedah lapor polis

Pemuda AMANAH Kedah hari ini membuat laporan polis ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkaitan status kuarantin beliau yang ingkar peraturan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri berkenaan mengadakan lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi sebaik pulang ke tanah air, beliau gagal melakukan kuarantin diri selama 14 hari seperti yang diwajibkan oleh kerajaan. Laporan menyebut beliau telah menghadiri sekurang-kurang 12 program yang melibatkan orang ramai di dalam tempoh tersebut.

Mohd Ridzwan Arshad, Ketua Pemuda AMANAH Kedah

Ketua Pemuda AMANAH Kedah, saudara Mohd Ridzwan Arshad Ahmad, kesal dengan tindakan menteri berkenaan membelakangi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, secara tidak langsung membawa risiko penularan wabak COVID-19.

“Sebagai seorang menteri penuh beliau perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini soal keselamatan negara dan rakyat Malaysia bukannya boleh dipandang remeh dan enteng. Hargailah peranan frontliners yang berkorban demi rakyat selama 5 bulan dan kini tiba masa kita jaga kita demi membanteras penularan COVID-19,” tambah beliau lagi.

Kertas laporan yang telah dibuat oleh Pemuda AMANAH Kedah

Pemuda AMANAH Kedah juga menggesa pihak berwajib mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairuddin dengan segera bagi memberi pengajaran kepada semua rakyat dan menjamin kedaulatan undang-undang yang terpakai untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS