Kesan Buruk Pengambilan Paracetamol jika diambil secara kerap
Kesan Buruk Pengambilan Paracetamol jika diambil secara kerap

Kesan Buruk Pengambilan Paracetamol jika diambil secara kerap

Penggunaan paracetamol telah meningkat semenjak pandemik melanda. Ia merupakan ubat tahan sakit yang cukup popular digunakan untuk melegakan kesakitan dan juga digunakan kepada pesakit menghidap penyakit berbahaya.

Namun, baru-baru ini terdapat kajian yang telah dibuat untuk memberi amaran kesan pengambilan paracetamol dengan melebihi daripada sepatutnya akan meningkat risiko serangan jantung dan strok.

Kajian yang telah dibuat oleh sekumpulan pakar dari University of Edinburgh, United Kingdom itu membongkar bahawa tekanan darah pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi akan naik mendadak sekiranya mengambil ubat penahan sakit itu selama empat hari berturut-turut.

Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan risiko serangan jantung atau strok sebanyak 20 peratus.

Pengerusi Perubatan Terapeutik dan Klinik Farmakologi di University of Edinburgh, Professor David Webb berkata, perlulah dibuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum memberi ubat itu kepada pesakit berisiko serangan jantung atau strok supaya berhenti menggunakan paracetamol.

“Kami mengesyorkan doktor memulakan dos rendah paracetamol terlebih dahulu dan kemudian meningkatkannya bagi mengawal kesakitan.

“Ini tidak berkaitan dengan pengambilan paracetamol dalam jangka masa singkat untuk sakit kepala atau demam. Ia tidak menjadi masalah,” katanya.

(Visited 17 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus (0 )