KESIAPSIAGAAN HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DALAM MENANGANI COVID-19 BERADA DI TAHAP YANG TERBAIK.
KESIAPSIAGAAN HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DALAM MENANGANI COVID-19 BERADA DI TAHAP YANG TERBAIK.

KESIAPSIAGAAN HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DALAM MENANGANI COVID-19 BERADA DI TAHAP YANG TERBAIK.

ALOR SETAR- YAB Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah melawat Bilik gerakan Hospital Sultanah Bahiyah bagi melihat keadaan serta pengurusan HSB tangani pesakit COVID-19.

Beliau diberi taklimat oleh petugas bilik gerakan mengenai maklumat terkini status wabak ini di negeri Kedah.

YAB Dato Seri turut melihat simulasi para petugas kesihatan mengendalikan pesakit yang dijangkiti COVID-19.

Turut bersama, YB Dato’ Dr. Ismail Salleh, EXCO Kesihatan Negeri Kedah.

Kesiapsagaan Hospital Sultanah Bahiyah dalam menangani wabak COVID-19 ini berada di tahap yang terbaik.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan peruntukan untuk menambah mesin dan peralatan keperluan di Hospital bagi menangani wabak ini.

(Visited 64 times, 1 visits today)

COMMENTS