Ketua Polis Negara turun tinjau keadaan lokasi tembakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)
Ketua Polis Negara turun tinjau keadaan lokasi tembakan anggota  Pasukan Gerakan Am (PGA)

Ketua Polis Negara turun tinjau keadaan lokasi tembakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)

PADANG BESAR, 24 November 2020 – Berikutan kejadian kes tembakan keatas anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq, sehingga menyebabkan mendiang Koperal Baharuddin Bin Ramli gugur terkena tembakan dan Koperal Norihan A/L Tari cedera parah akibat berbalas tembakan dengan suspek semasa penugasan Keselamatan Op Benteng / Wawasan Kedah / Perlis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi telah meluangkan masa meninjau keadaan di lokasi kejadian.

YDH CP Dato’ Hasanuddin Bin Hasan, Ketua Polis Kedah melihat antara barang penyeludupan antara punca kejadian berlaku

Turut hadir sama dalam lawatan tersebut, YDH CP Dato’ Sri Abd Rahim Bin Jaafar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), YDH CP Dato’ Huzir Bin Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH CP Dato’ Hasanuddin Bin Hasan, Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato’ Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), YDH DCP Datuk Mastor Bin Mohd Ariff, Timbalan Pengarah KNDKA (PGK) dan YDH DCP Dato’ Mohd Roze Bin Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah.

YDH. SAC. Dato’ Surina Saad, Ketua Polis Perlis mengiringi KP Negara sejurus sampai di tempat kejadian

Dilokasi kejadian, rombongan telah disambut oleh YDH SAC Dato’ Surina Binti Saad, Ketua Polis Perlis.

KETUA POLIS NEGARA TURUN MENINJAU KEADAAN LOKASI KEJADIAN TEMBAKAN ANGGOTA PASUKAN GERAKAN AM (PGA)

PADANG BESAR, 24…

Posted by Polis Kedah on Tuesday, 24 November 2020

Kredit gambar : FB Polis Kedah

(Visited 110 times, 1 visits today)

COMMENTS