Khairat kematian negeri Kedah di kurangkan jumlahnya?
Khairat kematian negeri Kedah di kurangkan jumlahnya?

Khairat kematian negeri Kedah di kurangkan jumlahnya?

Sebelum ini khairat kematian yang diberikan oleh kerajaan negeri Kedah kepada rakyat di negeri ini adalah sebanyak RM 300.

Bermula 1 Januari 2020 Menteri Besar Kedah yang terdahulu dari Pakatan Harapan telah menaikkan jumlah khairat kematian dari RM 250 ke RM 300.

Tetapi apabila kerajaan negeri kedah dari Pakatan Harapan bertukar tangan ke Perikatan Nasional yang diketuai oleh PAS pada 17 Mei yang lalu, khairat kematian diturunkan ke RM 250, berkurang sebanyak RM 50. Mengapa ini terjadi ?

Kerajaan terdahulu melakukan banyak insentif yang menguntungkan rakyat. Salah satunya adalah khairat kematian yang ditetapkan jumlahnya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat kedah. Akan tetapi, apabila bertukarnya kepimpinan, maka beberapa perkara yang dilakukan demi kebaikan rakyat dirombak dan berlakunya perubahan termasuklah jumlah khairat kematian ini. Ini sepatutnya tidak terjadi kerana ianya adalah untuk kebajikan rakyat tidak kira lapisan masyarakat dan parti politik.

Ini sepatutnya tidak patut berlaku kerana ianya baik untuk rakyat dan memberikan manfaat kepada rakyat di negeri ini. Jadi, kepada kerajaan negeri kedah, fikirkan kebajikan rakyat mengatasi segalanya. Jangan hanya memikirkan soal kuasa, dan projek semata-mata demi memenuhi kehendak diri dan kroni, sampai mengetepikan perihal rakyat di negeri ini.

Pendapat : Rakyat marhaen, Kedah.

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS