Khairuddin nasihat pimpinan PAS jangan cakap kasar, ahli bawah jenis "dengar dan taat"
Khairuddin nasihat pimpinan PAS jangan cakap kasar, ahli bawah jenis “dengar dan taat”

Khairuddin nasihat pimpinan PAS jangan cakap kasar, ahli bawah jenis “dengar dan taat”

Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali menitipkan nasihat buat PAS dan pemimpinnya ketika kempen semakin galak di lapangan menjelang hari penentuan tidak lama lagi.

Menggunakan media sosial, bekas menteri itu berkata PAS dan pemimpin parti itu tidak perlu menjadi pak turut dengan memberikan reaksi kepada pihak yang ditentang.

Jika ada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan keras atau kasar, kata Mohd Khairuddin, PAS tidak wajar membalas dengan cara yang sama kerana ahli parti itu dianggap sebagai pendakwah.

“Kepada rakan pimpinan di peringkat pusat, anda perlu memimpin kaedah kempen yang betul dan berhemah kepada pimpinan pertengahan dan bawahan.

“Mereka di bawah hanya ‘kami dengar dan taat’ saja,” katanya yang turut mengiringi kenyataan berkenaan dengan sepotong hadis lemah dinukil dari kitab Targhib wa Targhib.

Mohd Khairuddin yang dilihat terkedepan mengajak PAS untuk memulihkan hubungan dengan Umno – juga menambah, Islam adalah sebuah agama yang mementingkan nasihat.

Dia yang diketepikan daripada jawatan sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan tergugur daripada tugas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata parti itu tidak perlu mengungkit hal-hal dahulu termasuk “kezaliman lama” yang dianggap hanya membakar sentimen kebencian.

Malah katanya tidak wajar sebarang rahsia mesyuarat “berdua dan bertiga” dijadikan modal kempen terbuka kerana Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam menyimpan rahsia mesyuarat dan perbincangan.

“Ini nasihat saya sebagai ahli biasa kepada pimpinan tertinggi sebagai mengamalkan sabda Nabi SAW,” katanya.

(Visited 29 times, 1 visits today)

COMMENTS