Khairy Jatuh Basikal, Jalan Berlubang Siap Dibaiki
Khairy Jatuh Basikal, Jalan Berlubang Siap Dibaiki

Khairy Jatuh Basikal, Jalan Berlubang Siap Dibaiki

Petang semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memuat naik wajahnya yang
mengalami kecederaan kecil  di media sosial selepas terjatuh ketika mengayuh basikal di Jalan Seri Cheeding.

Baca Juga : Sedap Ke Rasa Daging Kangaroo ?

Menurut’postiong’ KJ di media sosial, beliau secara tidak sengaja telah terlanggar lubang yang terdapat dijalan raya
sekali gus terjatuh berhampiran dengan parit kecil.

Dah siap dibaiki

Justeru itu, pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Langat mengambil maklum perkara tersebut dan serta-merta membaiki jalan yang dilalui Ahli Parlimen Rembau itu.

Dalam ‘posting’ yang dibuat laman Facebook My Kuala Langat, jalan terbabit sudah diturap tar dan dibaiki untuk memastikan tidak ada lagi kemalangan jalan raya disebabkan lubang  dan keselamatan orang yang melalui jalan tersebut lebih terjamin.

Semalam mohon maaf

Sebelum ini juga, Pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Langat telah membuat permohonaan maaf kepada Khairy Jamaluddin berkaitan dengan kemalangan yang menimpa menteri terbabit disebabkan jalan berlubang semasa berbasikal.

Pihak mereka juga sempat mendoakan agar YB KJ lekas sembuh dan akan segera mengambil tindakan berkaitan dengan masalah jalan berlubang itu.

Baca Juga : “Pakai Baju Santa Claus Pon Salah?” – Fasha Sandha

(Visited 90 times, 1 visits today)

COMMENTS