"Khemah Besar" formula terbaik kalahkan UMNO pada PRU-15
“Khemah Besar” formula terbaik kalahkan UMNO pada PRU-15

“Khemah Besar” formula terbaik kalahkan UMNO pada PRU-15

ALOR SETAR – Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam telah mengadakan pertemuan tertutup bersama pimpinan AMANAH Kedah bagi membincangkan masa depan parti tersebut dalam lanskap politik Malaysia. Antara topik perbincangan adalah berkisah dengan “Khemah Besar” formula terbaik kalahkan UMNO pada PRU-15 nanti.

Bercakap kepada pimpinan parti, Salahuddin berkata pendekatan politik yang lebih matang perlu dijelmakan oleh setiap pimpinan yang ada tidak kira sama ada mereka merupakan pimpinan di peringkat nasional, negeri mahupun kawasan.

Sepertimana yang telah diluluskan dalam Retreat Pakatan Harapan (PH) di Port Dickson, AMANAH perlu mengambil tanggungjawab menjadi tulang belakang kepada penyatuan semua parti ketika ini bagi mengalahkan UMNO-BN pada PRU-15 yang akan datang.

PH perlu kepada suatu gabungan baru yang menghimpunkan parti-parti lain bagi membentuk satu kekuatan untuk bertembung dengan BN. Oleh itu ‘Khemah Besar’ perlu dilaksanakan secara serius sekiranya semua parti betul-betul mahu mengalahkan BN pada PRU yang ke 15 nanti.

“Khemah Besar” formula terbaik kalahkan UMNO pada PRU-15

Ketetapan Port Dickson pada 9 April 2021 yang menggembleng kekuatan seluruh blok pembangkang mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama di bawah konsep ‘Khemah Besar’ berdasarkan Agenda Reformasi dan kepentingan rakyat.

Selain empat parti komponen PH, turut kini dalam blok pembangkang adalah Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Muda dan Bebas.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor menyaksikan PH dan Perikatan Nasional (PN) tumbang di tangan UMNO. Kekalahan itu merupakan isyarat yang jelas kepada semua parti yang ingin mengalahkan UMNO-BN.

Hanya ‘Khemah Besar’ mampu memberikan kemenangan kepada PH dan parti pembangkang yang lain apabila bertembung dengan UMNO-BN pada PRU-15 nanti.

Salahuddin turut mengingatkan ahli AMANAH bahawa UMNO sekarang ini seronok melihat perpecahan yang berlaku diantara parti-parti pembangkang.

UMNO telah berjaya dengan strategi serangan perkauman yang dimainkan mereka setelah kalah pada PRU-14 dan ia akhinya memberikan kelebihan kepada mereka sehingga ke hari ini.

“Kenapa ahli parti perlu terikut-ikut dengan provokasi yang dimainkan oleh UMNO? UMNO kini seronok lihat apa yang terjadi kepada parti lawan mereka.

“Kita perlu ingat, kita sebenarnya mendapat sokongan rakyat, dan perkara itu adalah fakta. Tapi kenapa kita kalah? Ya, kerana kita berpecah.

“Sekiranya kita mahu menang pada PRU-15 nanti, kita perlu bergabung dengan parti-parti lain bagi membentuk suatu gabungan yang lebih kuat,” ujar Salahuddin.

Turut memberikan peringatan yang sama adalah Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Dato’ Dr. Ismail Salleh. Beliau menyatakan kegagalan PH ketika ini adalah kerana berpecah dan kerana itu jugalah rakyat hilang kepercayaan kepada PH.

Dalam PRU-15 nanti kita perlu pastikan pertembungan 1 lawan 1

“Rakyat melihat apa yang terjadi, kita gagal untuk bersatu dan gagal untuk membentuk kerjasama dan kerana itu rakyat tidak memilih kita.

“Apa yang rakyat mahukan sekarang? Rakyat mahu melihat kita bersatu, rakyat mahu lihat kita ambil berat terhadap permasalahan yang membelenggu mereka ketika ini. Oleh kerana itu dalam PRU-15 nanti kita perlu pastikan pertembungan 1 lawan 1.

“Insyallah ‘Khemah Besar’ ini adalah formula paling ampuh untuk kita berhadapan dengan UMNO,” ujar Dr Ismail ketika menjawab persoalan yang dilontarkan dalam sesi pertemuan semalam.

(Visited 1,260 times, 1 visits today)

COMMENTS