Khidmat Noaa Laine Bukan Untuk Sukan SEA Tapi Agenda lebih besar
Khidmat Noaa Laine Bukan Untuk Sukan SEA Tapi Agenda lebih besar

Khidmat Noaa Laine Bukan Untuk Sukan SEA Tapi Agenda lebih besar

Kehadiran pemain kacukan Malaysia-Finland, Noaa Laine bersama skuad negara di kem latihan pusat untuk persiapan ke Sukan SEA sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar.

Pemain ini berusia 19 tahun dan bermain di posisi tengah menyerang. Beliau kini sedang beraksi di Liga Divisyen 1 Finland bersama pasukan SJK Seinajoki.

Menurut laporan Bernama pada hari ini, mengesahkan khidmat Noaa Laine tidak akan digunakan oleh Brad Maloney di Sukan SEA yang akan berlangsung pada pertengahan Mei hadapan

Baca Juga : 3 Punca JDT tewas pada Kawasaki Frontale menurut Azraai Khor

Ini kerana pemain itu tidak didaftarkan untuk menyertai skuad negara untuk temasya tersebut sebelum ini.

Pemain kacukan Malaysia-Finland, Noaa Laine

Kehadiran pemain perancang berusia 19 tahun yang berpengkalan di Finland itu pada mulanya dianggap sebagai kejutan, dan ramai bertanggapan Noaa akan memperkuatkan pasukan negara di temasya dwi tahunan tersebut.

Namun demikian itu bukan perancangan sebenar ketua jurulatih skuad B-23 negara.

Tetapi menurut Maloney pemain itu dipanggil untuk menjalani latihan bersama untuk dievaluasi kemampuannya sebelum diserap ke dalam skuad B-23 yang akan beraksi di kejohanan AFC B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada Jun nanti.

Selain daripada pertandingan tersebut, Noaa Laine turut akan beraksi di Sukan Asia yang akan berlangsung pada September hadapan sekiranya memiliki kriteria yang dimahukan.

Merupakan seorang pemain tengah menyerang, Noaa adalah pemain kelab Veikkausliiga Finland – divisyen tertinggi piramid bola sepak Finland – Seinäjoen Jalkapallokerho (SJK Seinäjoki).

Pada musim lalu, Noaa tampil dalam 19 perlawanan membabitkan pasukan senior pasukan itu dan menjaringkan satu gol.

Pemain itu mempunyai pertalian dengan negara ini melalui ayahnya yang berasal dari Malaysia, manakala ibunya pula berasal dari Finland.

Untuk rekod, pemain muda ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Finland bawah 17 tahun 2018 dan berjaya membuat empat penampilan serta satu jaringan ketika itu.

(Visited 881 times, 1 visits today)

COMMENTS