Kilang, Industri dapat kelulusan MITI beroperasi 16, 24 jam tak perlu mohon operasi lebih masa dari PBT - Tan Kok Yew.
Kilang, Industri dapat kelulusan MITI beroperasi 16, 24 jam tak perlu mohon operasi lebih masa dari PBT – Tan Kok Yew.

Kilang, Industri dapat kelulusan MITI beroperasi 16, 24 jam tak perlu mohon operasi lebih masa dari PBT – Tan Kok Yew.

ALOR SETAR – Kesemua kilang mahu pun industri di Kedah yang telah mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi dalam tempoh 16 atau 24 jam, tidak perlu membuat permohonan baharu kepada pihak berkuasa tempatan untuk meneruskan operasi mereka di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Sr. Tan Kok Yew berkata, kebenaran tersebut biasanya diberikan kepada kilang mahu pun industri yang sememangnya beroperasi dalam tempoh tersebut sebelum PKP dilaksanakan.

“Mereka tidak perlu membuat permohonan baharu sebaliknya cuma perlu mengemukakan salinan kelulusan MITI kepada pihak polis dan PBT untuk dijadikan rujukan pihak berwajib.

“Pemilik kilang atau industri turut perlu memastikan pekerja terlibat sentiasa membawa bersama surat pengesahan dan kebenaran bertugas yang dilampirkan bersama salinan surat kebenaran MITI bagi memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, bagi kilang mahu pun industri yang beroperasi dalam cuma dalam tempoh satu syif (Antara 8 hingga 4 atau 9 hingga 5 petang sebagai contoh) sebelum PKP dan telah mendapat kebenaran MITI untuk beroperasi, mereka tidak dibenarkan beroperasi melebih tempoh ditetapkan itu.

“Jika mereka berhasrat mahu menambah masa operasi, pihak kilang atau industri perlu membuat permohonan kepada PBT. Penilaian sewajarnya akan dibuat sebelum sebarang kelulusan diberikan,” katanya.

Beliau menambah, untuk sebarang bentuk perniagaan, kontrak binaan mahu pun projek diluluskan MITI, masa operasinya juga hanya ditetapkan antara 8 pagi hingga 8 malam.

“Mereka tak boleh beroperasi lebih daripada tempoh itu kecuali selepas memohon dan mendapat kebenaran kerajaan negeri atau PBT,” katanya.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS