KILANG PKS BERKAIT SEKTOR KEPERLUAN (ESSENTIAL) BOLEH MOHON KEBENARAN BEROPERASI.
KILANG PKS BERKAIT SEKTOR KEPERLUAN (ESSENTIAL) BOLEH MOHON KEBENARAN BEROPERASI.

KILANG PKS BERKAIT SEKTOR KEPERLUAN (ESSENTIAL) BOLEH MOHON KEBENARAN BEROPERASI.

ALOR SETAR – Kilang bertaraf Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kedah yang berstatus sektor keperluan (Essential) seperti digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kini boleh membuat permohonan untuk beroperasi di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi Badan Penilaian Dan Pemprosesan Operasi PKS ditubuhkan Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Sr. Tan Kok Yew berkata, langkah itu bagi mengurangkan gangguan kepada rantaian bekalan dan perkhidmatan kepada sektor kritikal yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

“Kriteria utama yang menjadi pertimbangan badan itu adalah kilang berkenaan mestilah berada dalam sektor keperluan, segera dan mendesak.

“Antara sektor keperluan digariskan adalah makanan, air, tenaga, komunikasi dan internet, keselamatan dan pertahanan, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembentungan, penjagaan kesihatan serta perubatan termasuk penokok diet, perbankan kewangan, E-dagang dan logistik terhad,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri Besar, Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco minggu lalu mengumumkan mengenai penubuhan badan tersebut yang bertindak untuk menilai serta memberi kelulusan terhadap kilang PKS melibatkan barangan keperluan termasuk seperti kopi dan teh di negeri ini.

Syarikat PKS yang memenuhi kriteria tersebut boleh membuat permohonan dengan mengisi borang disediakan Kerajaan Negeri Kedah yang boleh dimuat turun di laman Facebook rasmi Bahagian Pembangunan SUK Kedah, WARTA KEDAH dan Invest Kedah Berhad.

Borang tersebut kemudiannya perlu dihantar ke Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah menerusi email pkskedahc19@gmail.com.

Kok Yew menambah, badan tersebut akan mengadakan mesyuarat berkala mengikut kekerapan permohonan kes baharu dengan mesyuarat pertama telah diadakan semalam bagi menilai serta mempertimbangkan 10 permohonan daripada kilang PKS di Kedah.

“Sekiranya diluluskan, satu surat kelulusan daripada kerajaan negeri Kedah akan dikeluarkan kepada syarikat PKS tersebut. Syarikat berkenaan perlu mematuhi syarat ditetapkan seperti penjarakkan sosial, saringan suhu badan harian, meminimumkan operasi dan beberapa garis panduan ditetapkan kerajaan negeri.

“Pemantauan operasi kilang atau syarikat tersebut akan sentiasa dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut, kelulusan ini boleh ditarik balik oleh kerajaan negeri,” katanya.

Borang tersebut boleh dimuat turun melalui link di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1PGGJmEtiSp0_zNeZM6H9cb9voV3DC8W_/view?usp=sharing

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS