KLRC mahu BAM jelaskan alasan Jin Wei digantung
KLRC mahu BAM jelaskan alasan Jin Wei digantung

KLRC mahu BAM jelaskan alasan Jin Wei digantung

PETALING JAYA: Keliru dengan tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenakan ‘penggantungan’ dua tahun terhadap bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, kelab yang kini diwakili pemain itu, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) menghantar surat meminta penjelasan.

Pengurus KLRC, Sairul Amar Ayob berkata, mereka perlu tahu sebab sebenar Jin Wei dikenakan tindakan bagi membolehkan kelab mengambil tindakan dari segala sudut.

Katanya, kes Jin Wei berbeza dengan Lee Zii Jia yang turut dikenakan larangan beraksi selama dua tahun kerana Jin Wei sudahpun dilepaskan oleh BAM atas faktor kesihatan pada September lalu, malah nama­nya juga sudah didaftarkan pada Terbuka India minggu lalu sebelum diarah agar menarik diri.

“Kami perlu tahu sebab utama BAM enggan mendaftarkan Goh Jin Wei kerana mereka sudah melepaskan dia secara baik pada September lalu, jadi dia bukan lagi pemain di bawah naungan badan induk itu.

“Mengapa tiba-tiba dia dikenakan tindakan? Sehingga hari ini, BAM tidak memberi sebarang penjelasan kepada kami, jadi itu membuatkan kami keliru dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Hari ini, KLRC menghantar surat rasmi kepada BAM untuk meminta mereka menjelaskan secara terperinci sebab-sebab mengapa Goh Jin Wei dikenakan tindakan.

“Kami perlu tahu semua­nya bagi membolehkan kami mengambil tindakan susulan,” kata Sairul kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Sairul berkata, pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kelmarin positif dan percaya mampu menamatkan kemelut melanda.

Sabtu lalu, Jin Wei, 21, dalam video yang dimuat naik di Youtube mahu tahu apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga dihalang beraksi dalam kejohanan selama dua tahun. —Utusan

(Visited 20 times, 1 visits today)

COMMENTS