Kluster Tawar kembali mengganas, 13 kes baru dikesan
Kluster Tawar kembali mengganas, 13 kes baru dikesan

Kluster Tawar kembali mengganas, 13 kes baru dikesan

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,196 kes (92.75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 13 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 47 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,915 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 591 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 47 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) bukan warganegara. Dua (2) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Republik Maldives (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – warganegara Maldives); dan
  • Maghribi (1 kes di Selangor – warganegara Maghribi).

Daripada 45 kes penularan di dalam negara, 28 kes adalah warganegara Malaysia manakala 17 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

  1. Sabah: 31 kes di mana:
    • 22 kes daripada Kluster Benteng LD [lapan (8) warganegara dan 14 bukan warganegara]; 
    • Empat (4) kes saringan warga emas di klinik kesihatan [tiga (3) warganegara dan satu (1) bukan warganegara]; 
    • Dua (2) kes saringan di pusat kuarantin [dua (2) bukan warganegara];
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan [satu (1) warganegara]; 
    • Satu (1) kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat [satu (1) warganegara]; dan
    • Satu (1) kes Infuenza-like illness (ILI) [satu (1) warganegara].
  2. Kedah: 14 kes di mana:
    • 13 kes daripada Kluster Tawar [13 warganegara]; dan 
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai [satu (1) warganegara].

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.29 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, TAWAR DAN KLUSTER SUNGAI

  1. Kluster Benteng LD

Sehingga 13 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 4,666 telah disaring dalam Kluster Benteng LD dan sebanyak 22 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (1,258 disaring):
    • 88 kes dikesan positif COVID-19 (tiada kes baharu);
    • 907 individu negatif; dan
    • 263 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (3,408 disaring);
    • 315 kes dikesan positif COVID-19 (22 kes baharu);
    • 803 individu negatif; dan
    • 2,290 individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 913 banduan di mana 383 dikesan positif COVID-19;
  • 623 kakitangan di mana dua (2) dikesan positif COVID-19
  • 1,214 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana tiga (3) dikesan positif COVID-19;
  • 332 pegawai polis, tiada dikesan positif COVID-19;        
  • 744 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
  • 840 kontak sosial di mana 15 dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 403 kes positif COVID-19, 176 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 227 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (152 kes); dan
  • Indonesia (75 kes).

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, seramai 1,699 petugas barisan hadapan disaring (36.41 peratus). Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua (2) kes dikesan positif COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan.

2. Kluster Tawar

Sehingga 13 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 18,233 telah disaring dalam Kluster Tawar dan sebanyak 13 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Kedah (17,659 disaring):
    • 81 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
    • 17,578 individu negatif; dan
    • Tiada individu menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (563 disaring);
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 (tiada kes baharu);
    • 552 individu negatif; dan
    • Tiada individu menunggu keputusan.
  3. Perak (11 disaring);
    • Tiada kes dikesan positif COVID-19 (tiada kes baharu);
    • 11 individu negatif; dan
    • Tiada individu menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, seramai 649 petugas kesihatan disaring (3.56 peratus). Daripada jumlah petugas kesihatan yang disaring, pecahan petugas adalah seperti berikut:

  • 624 petugas kesihatan swasta (96.15 peratus); dan
  • 25 petugas kesihatan kerajaan (3.85 peratus).

Sebanyak enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan. Kesemua kes tersebut merupakan petugas kesihatan swasta.

  • Kluster Sungai

Sehingga 13 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 14,044 telah disaring dalam Kluster Sungai dan sebanyak satu (1) kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Kedah (13,891 disaring):
    • 56 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 8,054 individu negatif; dan
    • 5,781 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (135 disaring):
    • Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 135 individu negatif.
  3. Perlis (18 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19 (Tiada kes baharu);
    • 11 individu negatif; dan
    • Enam (6) individu masih menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, seramai 711 petugas kesihatan disaring (5.06 peratus). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan.

Untuk makluman, ketiga-tiga kluster ini melibatkan petugas barisan hadapan termasuklah petugas kesihatan. Semua petugas barisan hadapan perlu mengambil iktibar dari kejadian ini. Semasa bertugas, semua petugas barisan hadapan hendaklah sentiasa patuhi garis panduan dan tatacara yang telah ditetapkan. Selain itu, peringatan penting bagi setiap petugas adalah seperti berikut:

  1. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas pengurusan kes;
  2. Pakai Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian termasuklah pelitup muka semasa menguruskan sebarang kes;
  3. Amalkan penjarakan fizikal di mana jarak sekurang-kurangnya satu meter antara satu individu dengan individu yang lain di tempat guna sama khususnya semasa waktu rehat;
  4. Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Semasa di luar waktu bekerja, petugas barisan hadapan pula perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Disamping itu, terus amalkan kebiasaan serta normal baharu dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS