Kopi Padang : Kopi yang terbaik!
Kopi Padang : Kopi yang terbaik!

Kopi Padang : Kopi yang terbaik!

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang diminum setiap hari bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata, secawan kopi mempunyai antara 95 – 180mg kafein.

KEBAIKAN KOPI
1. MEMBANTU ANDA KEKAL BERJAGA
Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu anda kekal berjaga tetapi juga boleh membuatkan minda anda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
Satu kajian terbaru yang diterbitkan pada April 2018 mendapati bahawa menghidangkan kopi sewaktu mesyuarat boleh meningkatkan prestasi mereka yang terlibat dalam perbincangan tersebut. Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin, satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk.

3. MENJADIKAN EMOSI MENJADI LEBIH BAIK
Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. [1] Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. [2]

KOPI PADANG HABBATUS SAUDA

Kopi Padang adalah kopi asli berkualiti tinggi yang telah diperkaya dengan khasiat Habbatus Sauda. Pengambilan dua cawan Kopi Padang sewaktu sarapan dan selepas pulang dari kerja boleh membantu menyegarkan kembali badan dan menjadikan anda lebih fokus.

Wartawan KedahKini juga telah berkesempatan untuk mencuba Kopi Padang dan terbukti rasa dan aroma Kopi Padang sangat memikat hati. Rasa yang kurang manis sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan gula dalam minuman.

Manakala khasiat Habbatus Sauda tidak boleh dinafikan kerana ia digelar “Super Food” sebagaimana Nabi SAW pernah bersabda “Pada Habbatus Sauda itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (HR Bukhari – Kitab Al-Thibb no.5687 & HR Muslim no.2215).

Selain lazat diminum, Kopi Padang juga kaya dengan khasiat Habbatus Sauda yang boleh membantu sistem tubuh badan. Untuk mereka yang berminat mendapatkan Kopi Padang, boleh terus menghubungi ejen sah Kopi Padang, atau terus sahaja beli di Shopee.

Maklumat lanjut di Facebook KopiPadang

Jom Secawan

[1] Nehlig A. (2010) Is Caffeine a Cognitive Enhancer?J Alzheimers Dis, 20(S1):85-94.

[2] Grosso G. et al. (2016) Coffee, tea, caffeine and risk of depression: a systematic review and dose-response meta-analysis of observational studies.Mol Nutr Food Res, 60(1):223-3.

(Visited 37 times, 2 visits today)

COMMENTS