Kucar-kacir dalam KLCFC berpunca dari menteri wilayah baru
Kucar-kacir dalam KLCFC berpunca dari menteri wilayah baru

Kucar-kacir dalam KLCFC berpunca dari menteri wilayah baru

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Abdul Samad mendedahkan kemelut yang telah berlaku dan menimpa KL City FC berpuncannya dari pertukaran Menteri Wilayah yang baru.

YB Khalid Abdul Samad juga berkata “Apabila jatuhnya kerajaan, kedudukan saya sebagai Presiden KLFA sudah tidak begitu kukuh. Walaupun risau tapi kami berusaha untuk adakan hubungan yang baik kerana bagi saya bola sepak dan politik tak sepatutnya dicampur.

Kita sepatutnya berganding bahu dan bekerjasama untuk majukan bola sepak KLCFC dan kembalikan zaman kegemilangan pasukan satu ketika dahulu dan perbezaan politik tidak sepatutnya menjadi masalah,”

Beliau juga mengakui pihak pengurusan KLCFC cuba menyembunyikan isu dalaman yang berlaku dalam pasukan kerana khuatir bahawa isu ini akan diperbesarkan sekaligus dapat menjejaskan harmoni pasukan.

YB Khalid Abdul Samad juga berkata “Secara umumnya kita tunjukkan kita okay yang mana ketika itu saya dan Menteri Wilayah iaitu Tan Sri Annuar Musa duduk bersama buat PC (sidang media) bersama, tetapi hakikatnya saya rasa mereka ada agenda lain.”

Tambah beliau lagi, apabila musim 2021 bermula di mana pasukan KLCFC berjaya naik ke Liga Super, mereka mengharapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus bekerjasama dengan mereka namun sebaliknya berlaku.

Menurut YB Khalid Samad, pada mulanya semua berjalan dengan lancar dan DBKL sepatutnya memberikan RM5 juta untuk tahun 2021, namun ia diberi dalam ansuran yang mana bayaran pertama berjumlah RM2.5 juta.

“Selepas menerima dana RM2.5 juta, kita bincang mengenai penswastaan yang mana kita nak syarikat swasta beli 50 peratus saham pasukan. Tan Sri Annuar Musa kemudian mencadangkan syarikat kenalannya dan jika kita terima cadangan itu baru kita akan dapat lagi RM2.5 juta.

“Pada mulanya syarikat itu setuju untuk beli 50 peratus saham dengan harga RM5 juta, malangnya syarikat itu hanya bayar RM1.3 juta sahaja. Apabila kami minta bayaran itu, syarikat itu berkata duit RM5 juta dari DBKL itu adalah duit saham syarikat itu.”

Jelas Khalid lagi, pihaknya kemudian telah memberi tempoh untuk membuat bayaran, tetapi tetap tiada bayaran dibuat jadi mereka telah mengeluarkan surat menamatkan kontrak.

Walaubagaimanapun, apabila syarikat itu mendapat surat tamat kontrak, mereka membawa perkara ini ke mahkamah.

Walaupun pada mulanya tidak mahu peminat tahu, tapi apabila keadaan menjadi tidak terkawal Khalid terpaksa mendedahkannya.

(Visited 20 times, 1 visits today)

COMMENTS