Kucing Bunting Dipukul Hingga Mati Kerana Buang Najis
Kucing Bunting Dipukul Hingga Mati Kerana Buang Najis

Kucing Bunting Dipukul Hingga Mati Kerana Buang Najis

Hanya kerana kucing membuang najis di hadapan rumahnya, seorang wanita tergamak memukul dua haiwan berkenaan dalam kejadian
di Pintas Kalui, di sini, semalam.

Tindakan kejam itu menyebabkan seekor daripadanya mati, manakala seekor lagi mengalami luka di mulut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata pengadu bersama rakan mendakwa mendengar wanita terbabit merungut mengenai beberapa kucing yang membuang najis di hadapan rumahnya pada jam 1.20 tengah hari.

Beliau berkata, wanita kemudian dilihat mengambil besi dalam keretanya sebelum memukul kucing berkenaan yang sedang diberi makan oleh rakan pengadu.

“Ibu kucing berkenaan yang bunting mati, manakala seekor lagi cedera di mulut.

“Pengadu turut menghubungi Jabatan Veterinar bagi mengambil kucing itu sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jalan Bukit Tengah untuk diberi rawatan,” katanya.

Shafee berkata, suspek berusia 51 tahun itu bekerja sebagai broker dan tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek diambil tindakan oleh Jabatan Veterinar. Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Sumber Artikel

(Visited 132 times, 1 visits today)

COMMENTS