Kuih Warisan Lama Negeri Kedah
Kuih Warisan Lama Negeri Kedah

Kuih Warisan Lama Negeri Kedah

RESEPI KUIH BUNGA PUDAK

Kuih Bunga Pudak merupakan kuih tradisi warisan asli masyarakat di negeri Kedah terutamanya di kawasan Alor Setar, Jitra dan kawasan sekitarnya. Kuih ini mempunyai ini kelapa manis dan rasanya lemak.

Kuih ini dijual di kedai kuih tradisi di Pekan Rabu, Alor Setar. Ia dinamakan sempena nama bunga Pokok Pudak. Bahan – bahan yang digunakan agak mudah didapati, namun cara pembuatannya yang memerlukan kemahiran tinggi membuatkan kuih ini tidak ramai yang mahir membuatnya.

Ia begitu enak dimakan panas – panas.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A (INTI):
1 biji kelapa parut putih
240gm gula
Garam secukup rasa
Perasa ros secukupnya
Pewarna merah secukupnya
Pewarna hijau secukupnya

BAHAN B (KULIT):
240gm tepung pulut
250ml air
1 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.
2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.
3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit.
4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.
5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.
6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.
7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.
8. Sedia untuk dimakan.

(Visited 129 times, 1 visits today)

COMMENTS