Lantikan Politik YADIM Cerminan Sikap Hipokrit PAS - Shazni Munir.
Lantikan Politik YADIM Cerminan Sikap Hipokrit PAS – Shazni Munir.

Lantikan Politik YADIM Cerminan Sikap Hipokrit PAS – Shazni Munir.

Setahun yang lepas, Ketua Pemuda PAS telah mengkritik tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menurut beliau melantik individu politik sebagai Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Tulisan pojok di laman Harakahdaily juga dengan ‘menyinga’ menyatakan ‘YADIM bukan tempat eksperimen untuk memakan gaji buta’.

Baca: https://harakahdaily.net/index.php/2018/12/24/yadim-bukan-eksperimen-makan-gaji-politik/.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir berkata hari ini apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi diumumkan sebagai YDP YADIM bagi menggantikan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, tidak pula kelihatan mana-mana pemimpin PAS termasuk Ketua Pemudanya tampil mengkritik tindakan sedemikian rupa sebagaimana yang berlaku ketika era PH dahulu.

“Inilah hipokrasi dan cakap tak serupa bikin yang ditunjukkan PAS. ‘Haram’ untuk orang lain, ‘halal’ buat mereka. Tidak boleh jika dibuat orang lain, boleh pula jika mereka yang buat. Jangan pula pelik seandainya selepas ini rantaian dalil ditunggang semahunya untuk menjustifikasikan pelantikan ini, asalkan sahaja jawatan dan elaun belasan ribu ini kemas dalam dakapan. Tahniah PAS!”, katanya dalam satu kenyataan media di sini.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS