Laporan penuh situasi Semasa Jangkitan Penyakit COVID-19 di Malaysia

Laporan penuh situasi Semasa Jangkitan Penyakit COVID-19 di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

9 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,386 kes (548,705 kes kumulatif, 86.6%);
  • Kes baharu : 6,239 kes (633,891 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (7 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,228 kes [5,377 warganegara (86.3%); 851 bukan warganegara (13.7%)];
  • Kes aktif : 81,575 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :905 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 453 kes;
  • Kes kematian : 75 kes (3,611 kes kumulatif, 0.57%; 74 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,400 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,666 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 734 kluster.

Sebanyak 75 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 23 kes di Selangor, 18 kes di Johor, tujuh (7) kes di Kelantan,  masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Sarawak, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KEMASKINI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)

KKM telah menubuhkan Pusat Penilaian COVID-19 (COVID-19 Assessment Centre – CAC) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penilaian individu yang disahkan positif sebelum ditentukan sama ada sesuai untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah atau memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PRKC) / hospital.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kes-kes COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut dirujuk ke PKRC atau hospital, manakala kes-kes COVID-19 yang stabil dibenarkan menjalani pemantauan kendiri di rumah. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan kesesakan di hospital ketika negara sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 yang mendadak.  Oleh itu, pesakit COVID-19 Kategori 1 (tidak bergejala) dan Kategori 2 (bergejala ringan) akan dipantau oleh CAC manakala pihak hospital akan merawat pesakit Kategori 3 dan ke atas. PKRC pula adalah penempatan untuk Pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak layak untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah.

Tujuan penubuhan CAC:

  • Mengenalpasti pesakit yang bersesuaian untuk dipantau di rumah atau perlu dimasukkan ke PKRC / hospital;
  • Memantau dan menilai perkembangan pesakit di rumah menggunakan Borang Pemantauan di rumah / MySejahtera; dan
  • Menyelaras rujukan pesakit ke PKRC / hospital jika perlu.

Kriteria pesakit yang boleh menjalani pemantauan di rumah atau Home Surveilance Order (HSO):

  • Dewasa:
    • Berumur < 60 tahun Kategori 1 dan 2 (gejala ringan). Bagi yang berumur ≥ 60 tahun, perlu dimasukkan ke PKRC / hospital.
  • Kanak-kanak:
    • Kategori 1: Semua kanak-kanak yang tiada co-morbidity dan mempunyai penjaga yang sesuai;
    • Kategori 2: Hanya kanak-kanak berusia 2 tahun atau lebih yang tiada co-morbidity dan mempunyai penjaga yang sesuai.
  • Keadaan di rumah yang sesuai:
    • Mempunyai kemudahan telefon;
    • Pesakit patuh pada SOP (tinggal di bilik berasingan dari penghuni lain, sebaik-baiknya mempunyai tandas di bilik tersebut);
    • Tiada penghuni yang berisiko tinggi;
    • Pesakit mempunyai penjaga yang sesuai di rumah tersebut.

Pada Januari 2021, sebanyak 148 CAC telah memulakan operasi dan sehingga kini ia berkembang kepada 198 CAC di seluruh negara. Setiap CAC mempunyai pasukan yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Peningkatan jumlah kes COVID-19 yang mendadak sejak April lalu menyebabkan beban tugas anggota di CAC bertambah. Terdapat peningkatan 150% daripada jumlah kedatangan pesakit ke CAC, iaitu dari 4,000 sehari ke 10,000 sehari pada 5 Jun 2021. Begitu juga dengan jumlah kes aktif dalam pemantauan CAC yang meningkat 108% dari 5,300 sehari ke 11,000 sehari. Selain itu, terdapat peningkatan jumlah kes yang memerlukan rujukan ke hospital (step up care) bagi tempoh dari 23 Mei hingga 5 Jun 2021 iaitu dari 9 kes kepada 35 kes.

Jadual 1: Jumlah CAC Mengikut Negeri Sejak Mula Dilancarkan pada Januari 2021

Negeri/Bulan Januari Februari Mac April Mei
 Perlis 11 11 10 10 10
 Kedah 11 11 11 11 11
 P.Pinang 30 30 30 30 30
 Perak 11 11 11 11 11
 Selangor 19 19 22 28 34
 WPKL&P 5 5 5 5 5
 N.Sembilan 7 8 8 8 8
 Melaka 5 4 3 4 3
 Johor 10 11 11 11 11
 Pahang 11 11 11 11 11
 Terengganu 13 13 13 13 15
 Kelantan 14 17 17 20 20
 Sarawak 24 24
 Sabah 3 3 3 3
 Labuan 1 1 1 1 1
 MALAYSIA 148 154 156 190 198

Rajah 1: Jumlah kedatangan pesakit COVID-19 ke CAC

Peningkatan beban kerja dalam tempoh yang singkat menyebabkan kekangan talian telefon bagi menerima panggilan dari pesakit, serta petugas untuk membuat dan menerima panggilan. Ini menyebabkan berlaku kejadian panggilan ke CAC tidak berjawab. Situasi ini menyebabkan kegelisahan kepada pesakit yang sedang menjalani pemantauan di rumah mengenai status kesihatan semasa. Khususnya apabila mereka melaporkan wujudnya gejala baru atau kemerosotan gejala dalam sistem MySejahtera tetapi masih belum diambil tindakan oleh CAC.

Rajah 2: Trend kes  yang dalam pemantauan CAC yang dirujuk ke Hospital.

Oleh itu, bagi menambahbaik proses pemantauan oleh CAC, KKM dalam proses mewujudkan Call Center untuk membantu CAC bagi perkara berikut:

  1. Menerima panggilan daripada pesakit yang bergejala untuk disalurkan ke CAC berkaitan;
  2. Menerima panggilan berkaitan pertanyaan umum berkaitan HSO / Home Monitoringdan
  3. Menyalurkan panggilan kecemasan ke MERS 999 (Malaysian Emergency Response Services).

Sebagai permulaan, ianya akan dilaksanakan di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai beban kes yang tinggi. Selain itu, KKM juga akan menambah talian telefon di 33 buah CAC di tiga (3) negeri tersebut bagi mengurangkan kesesakan talian telefon.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 2,291 (3) 207,335
SABAH 232 64,788
WP KUALA LUMPUR 704 (3) 64,542
JOHOR 468 (1) 62,822
SARAWAK 419 53,000
NEGERI SEMBILAN 507 (4) 31,555
PULAU PINANG 194 31,285
KELANTAN   340 31,027
PERAK 175 23,003
KEDAH 135 20,929
MELAKA 150 14,173
PAHANG 232 11,214
TERENGGANU 171 10,265
WP LABUAN 200 5,352
WP PUTRAJAYA 17 2,058
PERLIS 4 543
JUMLAH KESELURUHAN 6,239 (11) 633,891

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 75 kes kematian pada 9 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
3537 Selangor Lelaki (WN) 59 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Darah tinggi dan dislipidemia
3538 Kelantan Lelaki (WN) 69 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Darah tinggi
3539 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Kajang Kencing manis dan darah tinggi
3540 Selangor Perempuan (WN) 60 Hospital Kuala Lumpur Darah tinggi dan dislipidemia
3541 Kedah Perempuan (WN) 54 Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3542 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3543 Sabah Lelaki (WN) 62 Hospital Tawau Darah tinggi, jantung, dan asma
3544 Kedah Perempuan (WN) 72 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Darah tinggi dan dislipidemia
3545 Sabah Lelaki (WN) 86 Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
3546 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Sungai Buloh
3547 Melaka Lelaki (WN) 81 Hospital Melaka
3548 Sarawak Lelaki (WN) 66 Hospital Kapit Darah tinggi dan paru-paru kronik
3549 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 66 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3550 Kelantan Lelaki (WN) 61 Hospital Jeli Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3551 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan pituitary microadenoma
3552 Selangor Perempuan (WN) 64 Hospital Shah Alam Kencing manis, dislipidemia, dan asma
3553 Johor Lelaki (WN) 42 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3554 Pulau Pinang Lelaki (WN) 54 Hospital Kepala Batas Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3555 Kedah Lelaki (WN) 64 Hospital Sultanah Maliha, Langkawi
3556 Kedah Perempuan (WN) 76 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis dan darah tinggi
3557 Selangor Lelaki (WN) 28 Hospital Ampang Penyakit buah pinggang
3558 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 61 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis dan darah tinggi
3559 Johor Perempuan (WN) 79 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3560 Sarawak Lelaki (WN) 79 Hospital Kapit Darah tinggi dan buah pinggang kronik
3561 Perak Lelaki (WN) 76 Hospital Teluk Intan Kencing manis, darah tinggi, dan penyakit saraf
3562 Selangor Perempuan (WN) 44 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang Obesiti
3563 Johor Perempuan (WN) 75 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Darah tinggi dan dislipidemia
3564 Johor Lelaki (WN) 66 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3565 Sarawak Perempuan (WN) 66 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3566 Johor Perempuan (WN) 68 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis dan darah tinggi
3567 Johor Lelaki (WN) 56 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi
3568 Johor Lelaki (WN) 49 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi dan buah pinggang kronik
3569 Kelantan Perempuan (WN) 80 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan jantung
3570 Johor Lelaki (WN) 42 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3571 Kelantan Lelaki (WN) 89 Hospital Tumpat Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3572 Kelantan Lelaki (WN) 80 Hospital Tumpat Darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit saraf
3573 Kelantan Lelaki (WN) 51 Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai Kencing manis
3574 Perak Perempuan (WN) 67 Hospital Taiping Darah tinggi dan asma
3575 Kedah Perempuan (WN) 58 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, strok, buah pinggang kronik, dan hati
3576 Selangor Lelaki (WN) 74 Hospital Putrajaya Kencing manis dan darah tinggi
3577 Selangor Perempuan (WN) 92 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya Darah tinggi
3578 Melaka Perempuan (WN) 84 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3579 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 65 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3580 Melaka Perempuan (WN) 62 Hospital Melaka Kencing manis
3581 WP Labuan Lelaki (WN) 44 Hospital Labuan Darah tinggi
3582 Selangor Perempuan (WN) 85 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
3583 Selangor Lelaki (WN) 80 Hospital Sungai Buloh Strok
3584 Johor Lelaki (WN) 86 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3585 Selangor Lelaki (WN) 51 Hospital Shah Alam Tuberkulosis
3586 Johor Perempuan (WN) 53 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi dan obesiti
3587 Johor Lelaki (WN) 36 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit jantung dan obesiti
3588 Terengganu Lelaki (WN) 57 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis
3589 Johor Lelaki (WN) 47 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Obesiti dan asma
3590 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3591 Johor Lelaki (WN) 85 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi
3592 Johor Lelaki (WN) 74 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3593 Kelantan Perempuan (WN) 62 Jenazah dibawa ke Hospital Tumpat Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3594 Selangor Lelaki (WN) 53 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
3595 Selangor Lelaki (WN) 36 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Kencing manis dan obesiti
3596 Selangor Perempuan (WN) 26 Hospital Ampang Lupus dan buah pinggang kronik
3597 Sabah Perempuan (WN) 78 Hospital Tawau Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3598 Selangor Lelaki (WN) 81 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3599 Selangor Lelaki (WN) 66 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3600 Selangor Lelaki (WN) 73 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
3601 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang kronik
3602 Selangor Perempuan (WN) 44 Hospital Kajang Darah tinggi dan jantung
3603 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 66 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
3604 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 53 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3605 Johor Perempuan (WN) 81 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3606 Johor Perempuan (WN) 73 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan multiple myeloma
3607 Johor Perempuan (WN) 61 Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Darah tinggi
3608 Johor Lelaki (WN) 42 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Obesiti
3609 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 69 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
3610 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 68 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Darah tinggi
3611 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 49 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,239 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 2,291 59 1,683 3 546
WP KUALA LUMPUR 704 41 428 3 232
NEGERI SEMBILAN 507 89 320 4 94
JOHOR 468 105 241 1 121
SARAWAK 419 73 266 80
KELANTAN 340 128 174 38
SABAH 232 58 122 52
PAHANG 232 144 57 31
WP LABUAN 200 52 79 69
PULAU PINANG 194 70 84 40
PERAK 175 59 43 73
TERENGGANU 171 85 62 24
MELAKA 150 20 104 26
KEDAH 135 16 90 29
WP PUTRAJAYA 17 9 6 2
PERLIS 4 3 1
JUMLAH KESELURUHAN 6,239 1,008 3,762 11 1,458

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 9 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Sungai Rasau 27 Tempat Kerja Selangor Klang, Petaling, dan Kuala Langat 35 149
2 Perusahaan Dua Batu Caves Tempat Kerja Selangor Gombak 12 78
3 Industri Balakong Tujuh Tempat Kerja Selangor Hulu Langat, Petaling, dan Gombak 36 183
4 Camar Lapan Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 8 21
5 Alam Jaya Dua Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor dan Gombak 62 85
6 Jalan Wisma Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu 7 25
7 Lot Sembilan Tempat Kerja Sabah Kuala Penyu dan Beaufort 24 88
8 Kampung Huda Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, dan Tumpat 24 76
9 Industri Teluk Kalong Tempat Kerja Terengganu Kemaman 103 1,500
10 Lorong Perusahaan 8A Tempat Kerja Pulau Pinang Sebarang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan 34 134
11 Industri Medan Tasek Tempat Kerja Perak Kinta 19 231
12 Jalan Keluli Sembilan Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 44
13 Dah Mengkudu Tempat Kerja Kedah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, dan Yan 39 157
14 Gong Mengkeleh Komuniti Kelantan Pasir Puteh 20 40
15 Putra Sembilan Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPM WP Putrajaya dan Selangor Putrajaya dan Sepang 10 49

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )