LAPORAN | Situasi Semasa COVID-19 di Malaysia

LAPORAN | Situasi Semasa COVID-19 di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

8 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,962 kes (541,319 kes kumulatif, 86.3%);
  • Kes baharu : 5,566 kes (627,652 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,562 kes [4,895 warganegara (88.0%); 667 bukan warganegara (12.0%)];
  • Kes aktif : 82,797 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :903 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 458 kes;
  • Kes kematian : 76 kes (3,536 kes kumulatif, 0.56%; 75 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,385 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,655 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 730 kluster.

Sebanyak 76 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, 13 kes di Johor, sembilan (9) kes  di Negeri Sembilan, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing empat (4) kes di Kelantan, Melaka, dan Kedah, tiga (3) kes di Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA: PENULARAN MASIH DALAM SITUASI GENTING

KKM ingin memaklumkan status terkini situasi jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi tempoh dua (2) minggu epidemiologi (ME) iaitu ME ke-21 (dari 23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021) dan ME ke-22 (dari 30 Mei 2021 hingga  5 Jun 2021).

  • Jumlah kes positif COVID-19 harian jangkitan tempatan

Statistik menunjukkan penurunan jumlah kes positif COVID-19 pada ME ke-22 iaitu sebanyak 1,379 kes (penurunan sebanyak 2.6 peratus) berbanding ME ke-21. Situasi ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh kerajaan bermula pada 12 Mei 2021. Namun begitu dalam tempoh yang sama, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21. Pada awal ME ke-21 (23 Mei 2021), jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 (30 Mei 2021), ianya meningkat kepada 78,017 kes [peningkatan sebanyak 20,995 kes (37 peratus)]. Meskipun terdapat penurunan 2.6 peratus kes mingguan, namun jumlah kes aktif masih terus meningkat. Pada 8 Jun 2021, jumlah kes aktif COVID-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82797 kes.

  • Kapasiti dan keupayaan fasiliti kesihatan

Sehingga 6 Jun 2021, kadar penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua (2) minggu, iaitu dari 99 peratus kepada 89 peratus, begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan katil COVID-19 di ICU telah meningkat dari 96 peratus pada 24 Mei 2021 hingga 104 peratus pada 6 Jun 2021. Kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

  • Tempoh rawatan di fasiliti kesihatan (Kategori 4 dan Kategori 5)

Hospital-hospital di seluruh negara sedang berhadapan dengan peningkatan kes COVID-19 bergejala serius (kategori 4 dan 5) yang memerlukan bantuan oksigen dan bantuan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity). Pesakit-pesakit ini memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19. Statistik yang diterima oleh CPRC Kebangsaan menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hari ke 26 hari.

Kesinambungan daripada situasi yang dinyatakan, KKM ingin mengingatkan semua pihak bahawa situasi penularan COVID-19 yang dihadapi negara masih kekal pada situasi sangat serius. Bahaya penularan COVID-19 dan kapasiti hospital (terutama ICU) bagi menampung kes-kes COVID-19 adalah di tahap kritikal dan boleh terus meningkat sekiranya kita alpa walau untuk sehari sekali pun. Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini.

Oleh itu, KKM mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mengamalkan perkara-perkara berikut;

  1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu;
  2. Amalkan norma baharu dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM;
  3. Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
  4. Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera;
  5. Dapatkan maklumat berkenaan situasi terkini jangkitan COVID-19 daripada sumber yang diyakini kesahihannya; dan
  6. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.

Semua individu perlu berperanan menjadi agen perubahan di dalam komuniti dan mengambil tanggung jawab bersama agar kesinambungan kehidupan normal dapat dikecapi semula dengan kadar segera.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,524 (2) 205,044
SABAH 350 64,556
WP KUALA LUMPUR 466 (2) 63,838
JOHOR 456 62,354
SARAWAK 707 52,581
PULAU PINANG 185 31,091
NEGERI SEMBILAN 505 31,048
KELANTAN   204 30,687
PERAK 225 22,828
KEDAH 148 20,794
MELAKA 314 14,023
PAHANG 157 10,982
TERENGGANU 106 10,094
WP LABUAN 191 5,152
WP PUTRAJAYA 27 2,041
PERLIS 1 539
JUMLAH KESELURUHAN 5,566 (4) 627,652

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 76 kes kematian pada 8 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (warganegara)   Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
3461 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 62 Hospital Kuala Lumpur Penyakit jantung
3462 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 64 Hospital Putrajaya Kencing manis dan darah tinggi
3463 Kelantan Perempuan (WN) 44 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis
3464 Johor Lelaki (WN) 69 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi dan strok
3465 Selangor Perempuan (WN) 68 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3466 Selangor Lelaki (WN) 83 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya Darah tinggi, dislipidemia, dan tuberkulosis
3467 Melaka Lelaki (WN) 71 Hospital Melaka Darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3468 Perak Perempuan (WN) 85 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Darah tinggi
3469 Melaka Lelaki (WN) 78 Hospital Melaka Kencing manis dan darah tinggi
3470 Selangor Lelaki (WN) 64 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
3471 Johor Perempuan (WN) 78 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi dan strok
3472 Terengganu Lelaki (WN) 58 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit jantung dan paru-paru kronik
3473 Selangor Perempuan (WN) 62 Hospital Serdang Kencing manis
3474 Kelantan Perempuan (WN) 65 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Darah tinggi dan kanser
3475 Johor Perempuan (WN) 66 Hospital Segamat Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3476 Johor Lelaki (WN) 48 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Obesiti
3477 Kedah Perempuan (WN) 59 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis
3478 Johor Perempuan (WN) 52 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3479 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 60 Hospital Tampin Kencing manis dan darah tinggi
3480 WP Labuan Lelaki (WN) 30 Hospital Labuan Obesiti
3481 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan buah pinggang kronik
3482 Sarawak Lelaki (WN) 83 Hospital Sri Aman Darah tinggi, dislipidemia, jantung, kanser, dan paru-paru kronik
3483 Kedah Lelaki (WN) 66 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Darah tinggi
3484 Pahang Lelaki (WN) 59 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Tiroid
3485 Selangor Lelaki (WN) 28 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, tiroid, dan buah pinggang kronik
3486 Perak Lelaki (WN) 65 Hospital Taiping Darah tinggi
3487 WP Labuan Lelaki (WN) 82 Hospital Labuan Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3488 WP Labuan Lelaki (WN) 87 Hospital Labuan Darah tinggi dan kanser
3489 Johor Perempuan (WN) 37 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3490 Kedah Lelaki (WN) 80 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3491 WP Labuan Lelaki (WN) 55 Hospital Labuan
3492 Kelantan Perempuan (WN) 80 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Darah tinggi dan tiroid
3493 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 61 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3494 Melaka Perempuan (WN) 70 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3495 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 65 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3496 Kelantan Perempuan (WN) 69 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3497 Selangor Lelaki (WN) 65 Hospital Shah Alam Obesiti
3498 Selangor Perempuan (WN) 32 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
3499 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Serdang Darah tinggi
3500 Terengganu Lelaki (WN) 79 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3501 Terengganu Perempuan (WN) 72 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Strok, darah tinggi, dan jantung
3502 WP Labuan Perempuan (WN) 84 Hospital Labuan Kencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang kronik
3503 Johor Lelaki (WN) 72 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis dan darah tinggi
3504 WP Labuan Perempuan (WN) 75 Hospital Labuan Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3505 Kedah Lelaki (WN) 79 Hospital Baling Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3506 Selangor Lelaki (WN) 79 Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3507 Sabah Perempuan (WN) 71 Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
3508 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 59 Hospital Kuala Lumpur Dislipidemia
3509 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 59 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3510 Selangor Lelaki (WN) 76 Hospital Selayang Darah tinggi
3511 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3512 Selangor Perempuan (WN) 66 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3513 Selangor Perempuan (WN) 62 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3514 Selangor Perempuan (WN) 62 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3515 Selangor Perempuan (WN) 60 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3516 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3517 Selangor Perempuan (WN) 36 Hospital Selayang
3518 Selangor Lelaki (WN) 25 Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh Obesiti
3519 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 69 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan kanser
3520 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 74 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3521 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 41 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3522 Johor Lelaki (WN) 37 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Tuberkulosis
3523 Johor Lelaki (WN) 74 Hospital Kota Tinggi
3524 Johor Perempuan (WN) 75 Hospital Pakar KPJ Johor Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, asma, dan obesiti
3525 Johor Perempuan (WN) 67 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Darah tinggi
3526 Johor Lelaki (WN) 60 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
3527 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 84 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3528 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 71 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
3529 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 69 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3530 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 59 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
3531 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 52 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
3532 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 51 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan asma
3533 Melaka Perempuan (WN) 101 Hospital Melaka
3534 Pahang Perempuan (WN) 79 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Darah tinggi
3535 WP Labuan Lelaki (WN) 70 Hospital Labuan Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3536 Johor Lelaki (BWN) 46 Jenazah Dibawa Ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,566 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 1,524 67 1,097 2 358
SARAWAK 707 143 437 127
NEGERI SEMBILAN 505 210 137 158
WP KUALA LUMPUR 466 79 264 2 121
JOHOR 456 123 206 127
SABAH 350 166 135 49
MELAKA 314 151 140 23
PERAK 225 68 49 108
KELANTAN 204 13 141 50
WP LABUAN 191 58 62 71
PULAU PINANG 185 67 64 54
PAHANG 157 82 70 5
KEDAH 148 21 97 30
TERENGGANU 106 24 55 27
WP PUTRAJAYA 27 8 17 2
PERLIS 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 5,566 1,280 2,972 4 1,310

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 8 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Jalan Satu Olak Dua Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 6 68
2 Jalan Equine Tempat Kerja Selangor Petaling 29 99
3 Jalan Enam C Tempat Kerja Selangor Hulu Langat, Klang, Petaling, dan Sepang 21 48
4 Bukit Rahman Lapan Tempat Kerja Selangor Gombak 19 127
5 Coral Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu 9 283
6 Ocean Blue Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu 99 185
7 Segara Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu 11 141
8 Industri Tanjung Agas Tempat Kerja Johor Tangkak 8 42
9 Jalan Kesang Tempat Kerja Johor Tangkak 19 261
10 Dah Mahang Merah Tempat Kerja Kedah Kulim dan Kuala Muda 19 44
11 Tapak Bina Muda 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 33 60
12 Jalan Alamanda Presint Satu Tempat Kerja WP Putrajaya Putrajaya 11 44
13 Jalan Seruling Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 23 547
14 Jalan Kota Jelasin Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 10 24
15 Jalan Sri Jaafar Tempat Kerja Pahang Bentong 32 155
16 Kampung Bundu Komuniti Sabah Kuala Penyu 39 303
17 Tanjung Aru Baru Komuniti Sabah Kota Kinabalu 30 213
18 Ulu Teru Komuniti Sarawak Miri dan Beluru 46 468
19 Ulu Sebakong Komuniti Sarawak Mukah 61 147
20 Rantau Kenanga Komuniti Perak Hilir Perak 39 69
21 Jalan Melang Kumpulan Berisiko Tinggi Negeri Sembilan Kuala Pilah 29 232
22 Teluk Kabung Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 47 132
23 Jalan Cempedak 2 Kumpulan Berisiko tinggi WP Kuala Lumpur Kepong 17 56
24 Jalan Logah Segamat Keagamaan Johor Segamat 14 30

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )