Lebih 206,000 kanak-kanak termasuk anak KJ terima dos pertama vaksin Covid-19
Lebih 206,000 kanak-kanak termasuk anak KJ terima dos pertama vaksin Covid-19

Lebih 206,000 kanak-kanak termasuk anak KJ terima dos pertama vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR: Sebanyak 206,748 atau 5.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, sejumlah 13,373,479 atau 56.8% populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat ini.

Sejumlah 22,938,190 individu atau 97.5% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 98.7% atau 23,214,625 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,796,021 individu atau 89.9% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,875,825 atau 92.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 149,888 dos vaksin diberikan termasuk 38,738 dos pertama, 1,489 dos kedua dan 109,661 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,198,894 dos.–FMT

(Visited 14 times, 1 visits today)

COMMENTS