Legenda Bola Sepak Negara Namat Abdullah Sudah Tiada
Legenda Bola Sepak Negara Namat Abdullah Sudah Tiada

Legenda Bola Sepak Negara Namat Abdullah Sudah Tiada

“Allahyarham Datuk Namat Abdullah memeluk saya dan berkali-kali beritahu dia sayang saya kerana banyak tolong dia, malah hubungan kami rapat seperti adik abang,” kata bekas pemain bola sepak negara dan Pulau Pinang, Johari Maina, 60.

Menurut Johari, dia terdetik untuk menziarahi Namat di rumah anaknya di Kamunting, Perak pada minggu lalu, namun tidak menyangka ia adalah pertemuan terakhir antara mereka.

Katanya, ketika itu arwah kelihatan lemah mungkin akibat penyakit barah usus yang ditanggungnya.

“Saya kenal dia ketika Allahyarham Mokhtar Dahari masih ada sekitar 1980-an dan arwah adalah kapten pasukan bola sepak negara.

“Sepanjang mengenali arwah, dia seorang yang tegas dan berdisiplin selain amat disegani di kalangan rakan sepasukan lain,” katanya ketika ditemui rumah arwah di Taman Peruda, di sini, hari ini.

Menurutnya, pemergian arwah satu kehilangan besar kepada arena sukan bola sepak negara kerana jasanya sangat besar.

Katanya, antara kata-kata semangat arwah yang tidak pernah dilupakan setiap kali turun padang, “kejayaan adalah kemenangan.”

“Baginya, setiap kali perlawanan, kemenangan adalah penting dan bukannya perkara lain.

“Ketika itu saya jadi ‘takut’ bila berganding untuk bermain bola sepak dengan arwah kerana dia adalah senior, dan sampai bila-bila saya takkan lupakan dia,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Rajasegaran S K Money, 63, berkata dia sempat beraksi dengan Namat hampir 10 tahun ketika dalam pasukan kebangsaan.

“Saya terkejut bila dapat berita dia (Namat) dah tak ada, memang rasa hilang sangat,” katanya

Sumber : Harian Metro

(Visited 34 times, 1 visits today)

COMMENTS