Lelaki cium, gigit seluar dalam wanita sambil pegang kemaluan
Lelaki cium, gigit seluar dalam wanita sambil pegang kemaluan

Lelaki cium, gigit seluar dalam wanita sambil pegang kemaluan

Tindakan keji dan tidak senonoh seorang lelaki menggunakan pakaian dalam wanita yang dijemur sebagai alat melempiaskan nafsu syahwat mendapat kritikan dari netizen di media sosial apabila video tersebut mula disebarkan melalui pelbagai platform media.

Perbuatan jijik lelaki yang disyakki berusia dalam lingkungan 50an itu telah dirakam oleh seorang penghuni flat menerusi tingkap rumah setelah menyedari kelakuan pelik si pelaku.

Menerusi rakaman yang dibuat, kelihatan seorang lelaki berdiri berhampiran dengan pakaian yang dijemur di tepi bangunan flat. Lelaki tersebut tanpa segan silu telah mencapai beberapa helai seluar dalam wanita, meramas dan menghidu serta menggigit sambil sebelah tangan lagi memegang kemaluannya yang dipercayai sedang melempiaskan nafsu syahwatnya.

“Suspek sangap teruk. Hati-hati yang mana sidai kain dekat luar rumah tu” tulis individu yang memuat naik video tersebut di laman Twitter.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Taman Sei Sentosa, Kuala Lumpur. Si pelaku lari bertempiaran setelah ditegur oleh perakam dan dalam keadaan tergopoh-gapah menaiki motosikal lari dari tempat kejadian.

(Visited 85 times, 1 visits today)

COMMENTS