Lelaki cuba dirogol dalam kereta
Lelaki cuba dirogol dalam kereta

Lelaki cuba dirogol dalam kereta

SEORANG lelaki berusia 23 tahun cemas apabila seorang lelaki gila seks menariknya ke dalam kereta dan bertindak membuka seluar sebelum mangsa berjaya menendang kemaluan suspek dan melarikan diri dalam kejadian di Batu 4, Gombak pada 29 Ogos lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa yang berada di hadapan rumahnya didatangi jiran memberitahu ada seorang lelaki ingin berjumpanya.

Mangsa kemudian pergi ke arah kereta itu tanpa mengesyaki apa-apa sebelum beliau ditarik masuk ke dalam kenderaan terbabit secara mengejut.

“Dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang menyedarinya sebelum suspek bertindak membuka seluar. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menendang kemaluannya dan berjaya melarikan diri,” kata sumber yang enggan dikenali.

Tambah beliau lagi, bagaimanapun suspek yang naik angin kemudian mengejar mangsa dan menarik rambut serta menghempas kepalanya ke dinding rumah jiran.

“Malah mangsa yang terbaring turut dicekik dan ditumbuk di hidung sehingga berdarah.

“Suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kejadian itu disedari jiran. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Dia yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Sumber: HARIAN METRO

(Visited 13 times, 1 visits today)

COMMENTS