Lelaki tular ‘kutuk’ Dato’ Mahfuz Omar tampil mohon maaf

Lelaki tular ‘kutuk’ Dato’ Mahfuz Omar tampil mohon maaf

Seorang penduduk di parlimen Pokok Sena yang tular didalam media sosial semalam mendakwa ahli parlimen kawasan itu, Dato’ Mahfuz Omar tidak pernah turun melawat penduduk, hari ini tampil di pejabat pusat khidmat rakyat parlimen Pokok Sena untuk memohon maaf diatas keterlanjuran beliau berkata demikian.

Lelaki yang dikenali sebagai Abu Mujahiden atau Ucop dari Kampung Lanjut Malau, Jabi  itu hadir di pusat khidmat rakyat parlimen Pokok Sena untuk berjumpa sendiri dengan Dato’ Mahfuz Omar selepas tular video berkenaan di aplikasi Tik Tok dan Whatsapp.

Video yang mula dimuatnaik oleh pengguna Tik Tok dengan nama @ikmal88idris itu dimulakan dengan memuji-muji Adun Pas Bukit Pinang, YB Salim Mahmood dan juga Menteri Besar Kedah, YAB Sanusi Md Nor, kononnya sangat prihatin kepada nasib rakyat. Seorang lelaki yang dipercayai perakam video berkenaan telah bertanyakan tentang ahli parlimen kawasan itu kepada Usop dan bermulalah kata-kata jelik dan fitnah terhadap Dato’ Mahfuz Omar. Video berkenaan kemudian telah disebarkan ke kumpulan-kumpulan Whatsapp bagi memburuk-burukkan ahli parlimen berkenaan.

Video dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memfitnah Dato’ Mahfuz Omar di aplikasi TikTok

“Dengan serendah-rendah hati, saya memohon maaf kepada Dato’ Mahfuz bin Hj Omar atas kata-kata lancang saya di dalam video yang telah diviralkan oleh pihak berkenaan. Saya akui itulah sebesar-besar kesilapan saya kerana telah menyinggung perasaan semua pihak terutama rakan-rakan dari parti Amanah” ujar beliau kesal sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Sementara itu, Dato Mahfuz Omar dalam maklumbalasnya selepas menerima permohonan maaf itu berkata, beliau bersedia memaafkan Usop diatas perbuatan lelaki berkenaan. Beliau juga menegaskan akan terus membantu semua lapisan masyarakat di kawasannya tanpa mengira apa anutan atau fahaman politik mereka.

“Jangan ada pihak yang cuba menunggang seseorang atau sesiapa untuk kepentingan politik mereka. Itu tidak baik kerana akan menyebabkan berlaku pergaduhan, pertembungan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat kita. Berpolitiklah secara yang sihat dan biarlah pandangan politik kita berlaku diatas kesedaran dari diri kita sendiri, bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, ”

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )