"Leman Tapai" kena cekup
“Leman Tapai” kena cekup

“Leman Tapai” kena cekup

Sungai Tiang- Seorang lelaki yang lebih dikenali dengan nama pangggilan “Leman Tapai” yang aktif mengedar dadah di kawasan Kg Baru dan Sg Tiang akhirnya tumpas apabila sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Tiang berjaya menjumpai dadah yang disembunyikan di dalam beg silang yang di pakai di badannya di sebuah pondok belakang rumah Kg Baru, Jalan Sungai Tiang, Pendang, Kedah.

Lelaki melayu berusia 30an yang berasal dari Kg Baru itu bergerak aktif bersama seorang lelaki upahannya bagi menghantar bekalan dadah kepada penagih-penagih sekitar kawasa ini.

Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota polis terus menyerbu pondok tersebut dan 3 lelaki yang berada di dalamnya ditahan. “Leman” telah lama diburu oleh pihak polis lantaran daripada beberapa operasi ‘Sarang’ yang telah di jalankan oleh pihak Polis dan pihak AADK di kawasan Kg Baru, penagih-penagih dadah mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada beliau.

Hasil pemeriksaan pihak Polis telah menjumpai 4 peket plastik lutsinar yang didalamnya mengandungi serbuk/ketulan disyaki dadah jenis Heroin dianggarkan seberat 69.64 gram serta 7 peket plastik lutsinar didalamnya mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat 12.52 gram.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis kini cuba mengesan beberapa lagi individu dipercayai pengedar dadah yang rancak membuka lokasi penjualan dadah untuk menjual dadah kepada penagih-penagih di sekitar Kg Baru dan Sg Tiang.

Sumber:

"TOKAN DADAH DICEKUP KETIKA LEKA MEMBUNGKUS DADAH DI SEBUAH PONDOK"17/08/2020@0130HrsSungai Tiang- Seorang lelaki…

Posted by Balai Polis Sg Tiang on Monday, August 17, 2020

 

(Visited 42 times, 1 visits today)

COMMENTS