Lesen balak dikeluarkan pada 1 Ogos 2017

Lesen balak dikeluarkan pada 1 Ogos 2017

Kerajaan negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan sejak Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengambil alih tampuk pemerintahan bermula 17 Mei lalu.

Ini berikutan wujudnya satu hantaran di Facebook seorang aktivis alam sekitar yang memaparkan dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning yang seolah-olah mendakwa kerajaan negeri hari ini membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu.

Menerusi kenyataan dari pejabat Menteri Besar, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) telah memberi lesen membalak di kawasan berhampiran empangan berkenaan pada 2019, untuk tempoh berkuatkuasa antara 25 Februari hingga 25 Ogos 2020.

“Ia merupakan lesen yang disambung semula oleh (JPNK) disebabkan kerja pengusahahasilan yang belum selesai,” katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, (JPNK) mengeluarkan lesen membalak itu untuk proses mengeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik kepada syarikat Tradewinds yang mana keputusan untuk memberi hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi pada 1 Ogos 2017.

Hantaran berkenaan yang mula mendapat perhatian pengguna Facebook telah dikongsi sebanyak 300 kali sejak semalam.

Berita Penuh : SINAR HARIAN

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )