Lima negeri catat lapan lagi kluster baru
Lima negeri catat lapan lagi kluster baru

Lima negeri catat lapan lagi kluster baru

Sebanyak lapan lagi kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Johor dan Perak dengan enam daripadanya melibatkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Selangor terdapat dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster Pasar Baru melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat dengan kes indeks telah dilaporkan positif pada 15 Dis melalui saringan individu bergejala.

“Sehingga 22 Dis, sejumlah 2,001 individu telah disaring, dengan 309 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, satu lagi kluster di negeri itu ialah Kluster Bukit Naga melibatkan tempat kerja di Klang dengan kes indeks bagi kluster ini dilaporkan pada 13 Dis hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan dan sehingga hari ini, sejumlah 190 individu telah disaring dengan 58 kes telah dikesan positif.

Beliau berkata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula terdapat tiga kluster baharu dikesan yang kesemuanya melibatkan tempat kerja.

Sumber: BERNAMA

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS