LOGO FC KEDAH | Pemenang bukan dari "Top 3"
LOGO FC KEDAH | Pemenang bukan dari “Top 3”

LOGO FC KEDAH | Pemenang bukan dari “Top 3”

Pengumuman logo Kedah Darul Aman FC (KDA FC) diadakan dalam sidang media YAB Haji Muhammad Sanusi Md Noor, Menteri Besar Kedah Darul Aman merangkap Presiden KFA tenghari tadi. Turut hadir adalah En. Khamal Idris Haji Ali, Pengarah Darul Aman Sdn. Bhd. dan Haji Muhammad Radhi Haji Mohd Din, Naib Presiden KFA menyaksikan sidang media tersebut.
Logo yang direka oleh Ku Basri Ku Halim telah dipilih oleh pihak KDA FC dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan pas bermusim 2021.

Sejurus selepas pengumuman tersebut, Facebook FA Kedah dihujani dengan komen-komen penyokong Hijau Kuning yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Sebelum ini, tiga logo telah disenaraikan sebagai antara yang akan memenangi pertandingan tersebut. Mengejutkan seluruh peminat bola di Kedah dan Malaysia hari ini apabila pemenang logo tersebut langsung tidak tersenarai di antara tiga logo terbaik.

Top 3 finalis pertandingan mencipta logo KDA FC

Menulis di Facebook miliknya, Ruhaifi Roslan meluahkan rasa hati beliau,

“Tahniah kepada pemenang..Alhamdulillah abam terpilih masuk top 3 pun jadi dah..beberapa hari selepas pengumuman top 3 abam dihubungi pihak KFA untuk submit lagi design alternatif logo kedah.

Demi kedah kita sambut, kita buat sedikit pembaharuan buang bola tampaq🤭 buang bintang, maka terhasil lah logo yang terbaru ni.”

“Tapi selepas beberapa minggu tak dengaq khabar berita, abam pun pikiaq takpa la mungkin logo kali ini pun belum dapat menarik perhatian depa, kita pun husnuzon la dan mungkin juga 2 lagi finalist yang buat pembaharuan lagi menarik dan menyerlah jadi depa pilih hat tu..tunggu punya tunggu punya tunggu.” “tup tup keluaq logo yang tak berkenaan yang bukan daripada top 3. wow terkedu abam seketika..permainan apakah ini?”

Boleh refer balik syarat pertandingan No5″

Hantaran beliau telah menarik ribuan pengguna Facebook lain dan hampir 430 komen serta 348 perkongsian setakat jam 9.00malam ini.

Keputusan itu turut mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak termasuk penaja hadiah utama pertandingan mencipta logo tersebut iaitu Ustaz Muhammad Yaakub Yusra yang meluahkan rasa terkilan dan sedih diatas pemilihan logo Kedah Darul Aman FC itu, yang dikatakan membelakangkan penyokong pasukan.

Tahniah kepada pemenang..

Alhamdulillah abam terpilih masuk top 3 pun jadi dah..beberapa hari selepas pengumuman top 3…

Posted by Ruhaifi Roslan on Tuesday, 15 December 2020

(Visited 80 times, 1 visits today)

COMMENTS