Logo Liverpool mepunyai bentuk ayam atau burung? Ini sebabnya
Logo Liverpool mepunyai bentuk ayam atau burung? Ini sebabnya

Logo Liverpool mepunyai bentuk ayam atau burung? Ini sebabnya

Sebagai antara pasukan terhebat di Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool turut tidak terkecuali daripada dipersenda-sendakan oleh peminat bola sepak.

Hinaan itu akan bertambah teruk jika Liverpool buat lawak dengan tewas kepada pasukan kerdil.

Baca Juga: Lima senjata rahsia baharu Pan Goon kemudi serangan Harimau Malaya

Hal ini membuatkan pelbagai gelaran yang sangat aib diberikan kepada Liverpool seperti ayam dan lembu. Menariknya ada juga yang mengaitkan Liverpool mudah diayam-ayamkan kerana logo pasukan itu melambangkan ayam.

Persoalannya betul ke burung dalam logo Liverpool itu ayam? Ataupun pengasas Liverpool mendapat ilham melihat ayam cuba terbang dari pokok sehingga berjaya dan terinspirasi untuk letakkan haiwan itu dalam logo?

Sebenarnya ayam yang wujud dalam logo Liverpool berasal daripad jata bandar raya Liverpool.

Buat pengetahuan burung yang wujud pada jata bandar raya Liverpool adalah burung helang tapi mesti ramai tak percaya kan?

Menurut iSportsAsia, Liverpool telah dibuka oleh King John pada tahun 1207 bagi dijadikan sebagai pangkalan tentera dan pelabuhan bagi mengawal laut Ireland. Menjelang 1229, Liverpool telah diberikan keistimewaan sebagai bandar yang memiliki jata dan cap mohor sendiri.

Bagi memperingati jasa King John, burung helang yang melambangkan beliau telah diangkap sebagai cop mohor rasmi Liverpool.

‘Lautan merah’ di Liverpool

Memasuki akhir abad ke 18, cap mohor Liverpool ditukar dengan penambahan dewa air roman, Neptune dan pertukaran dari burung helang kepada burung Cormorant.

Maka secara rasmi jata dan cap mohor Liverpool telah bertukar. Sebagai sebuah kelab yang berasal dan menggunakan nama Liverpool, pasukan ini telah mengadaptasi jata bandar sebagai logo pertama mereka.

Dengan logo ini, Liverpool berjaya memenangi trofi divisyen pertama England. Bermula sejak itu, imej burung commorant menggigit serai menjadi logo utama Liverpool.

Biarpun telah melalui 8 kali penukaran logo, imej burung cormorant tetap dikekalkan.

Baca Juga: Sanusi jawab dakwaan 2 pemain ‘lejen’ Kedah angkat kaki

Jadi selepas ini kepada penyokong Liverpool, jika ada orang cakap logo pasukan anda seperti ayam. Bila sahaja pada asalnya itu adalah burung helang sebelum bertukar kepada burung cormorant.

Namun kalau asyik buat lawak sahaja, tahanlah telinga disindir sebagai pasukan ayam.

(Visited 73 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )