Manchester United tumbang di tangan Atletico Madrid pagi tadi
Manchester United tumbang di tangan Atletico Madrid pagi tadi

Manchester United tumbang di tangan Atletico Madrid pagi tadi

Aksi penuh dramatik pagi tadi di antara pasukan Manchester United dan Atletico Madrid berkesudahan dengan keputusan 0-1 untuk pasukan pelawat memenangi perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Old Trafford.

Renan Lodi menjaringkan gol kemenangan untuk Atletico Madrid pada minit ke-40 dengan tandukan hasil dari hantaran silang Antoine Griezman.

Keputusan ini menyebabkan Manchester United kendalian Ralf Rangnick tersingkir atau gagal melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas dengan agregat 1-2 kepada Atletico Madrid.

Ini adalah kegagalan keempat Man United untuk mara ke suku akhir dalam lima penyertaan terakhir Liga Juara-Juara.

Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Man United hampir pasti berputih mata untuk kejuaraan musim ini. Man United juga telah tersingkir dari Piala FA dan Piala Liga Inggeris.

Dalam saingan Liga Perdana, peluang Man United untuk menang amat tipis kerana ketika ini mereka masih berada di tangga kelima dengan kutipan 50 mata daripada 29 perlawanan. Man United juga jauh ketinggalan di belakang dengan 20 mata dari Manchester City yang mengungguli persada Liga Perdana ketika ini.

Secara keseluruhan, ini adalah kekalahan keempat Man United dalam 20 perlawanan keseluruhan di bawah kendalian Ralf Rangnick.

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS