'Mandat Rakyat Harus dikembalikan'- Khalid Samad.
‘Mandat Rakyat Harus dikembalikan’- Khalid Samad.

‘Mandat Rakyat Harus dikembalikan’- Khalid Samad.

Mandat rakyat harus dikembalikan kepada wakil rakyat yang dipilih pada PRU yang lepas.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, YB Khalid Samad berkata rakyat memilih pakatan harapan untuk menerajui negara pada PRU yang lepas, bukannya Perikatan Nasional yang memerintah ketika ini.

“Rakyat memilih Pakatan Harapan pada PRU yang lalu kerana rakyat yakin dengan perubahan yang cuba dilakukan oleh PH dan ingin memulihkan negara dari kerosakan yang dilakukan ketika zaman BN memerintah dahulu.

” Wakil rakyat yang dipilih hari ini diberi amanah untuk mentabdir negara, tetapi akibat kuasa dan kepentingan peribadi membuatkan mereka lupa dan sanggup mengkhianati PH dan bersubahat bersama PN untuk mengambil alih negara menerusi pintu belakang.

Ujarnya lagi, “Wakil rakyat yang mengkhianati mandat rakyat,mereka kena fikir bahawa pada PRU yang lalu mereka telah bertanding atas tiket PH dan menggunakan logo PKR kerana pada ketika itu pendaftaran PH masih belum diluluskan, tetapi apabila mereka dipilih oleh rakyat, lain pula jadinya,mereka lompat dan menyokong PN untuk dijadikan kerajaan ketika ini.

“Ada dua golongan yang khianat, yang pertama PPBM ( Muhyiddin ) dan PKR ( Azmin).

” Apabila tubuhnya kerajaan PN, maka terciptalah sejarah Malaysia kerajaan ditubuh menerusi pintu belakang dan bukannya dari demokrasi.

Khalid menambah lagi, Rakyat memilih wakil rakyat pada PRU yang lalu bukan untuk menjadi pembangkang, tetapi untuk menjadi kerajaan yang membina prinsip seperti dijanjikan, sebab itu kita kena kembalikan mandat yang diberikan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini.

PH memerintah telah menyelamatkan Negara?

Khalid berkata, apabila PH mengambil alih kerajaan menerusi PRU yang lalu, beberapa langkah diambil untuk memulihkan negara dari kerosakan yang dilakukan.

“Antaranya ialah membawa pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan, memotong beberapa subsidi yang diberikan kerajaan terdahulu, dan menjimatkan kos yang tidak diperlukan dari membazir. Ini semua dilakukan kerana ingin memulihkan ekonomi negara yang pada ketika kita ambil, negara berada dalam keadaan yang sangat kritikal, dengan hutang yang ditinggalkan terlalu banyak, dengan ekonomi semakin teruk yang menyebabkan rakyat terkesan dengan tindak-tanduk kerajaan terdahulu.

“Oleh sebab itu, pada zaman PH memerintah kita telah melakukan ‘pemulihan’ ekonomi negara, dan menaikkan taraf ekonomi penduduk negara sehingga kita mencapai fiskal yang cukup membanggakan. Ini menunjukan bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang prihatin akan nasib rakyat dan ingin melihat negara malaysia setanding negara lain.

” Kerosakan malaysia akan kita hadapi sekiranya kita mengambil alih kerajaan nanti, kerana ketika ini kerajaan PN sedang ” berseronok” meminjam wang dan ianya akan menyebabkan hutang negara semakin bertambah dan akan menyebabkan ekonomi malaysia semakin merudum atas tindakan kerajaan PN yang hanya mementingkan agenda peribadi mengatasi agenda ekonomi rakyat”, katanya dalam Program PM Pakatan Harapan Plus : Ulasan YB Khalid Samad yang dipengerusikan oleh YB Dato Dr’ Ismail Salleh malam tadi.- Kedahkini.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS