Marc Vales tak sabar nak perkukuh benteng KDA FC
Marc Vales tak sabar nak perkukuh benteng KDA FC

Marc Vales tak sabar nak perkukuh benteng KDA FC

Pemain pertahanan skuad kebangsaan Andorra, Marc Vales Gonzalez mengakui sudah tidak sabar untuk turun membantu memperkuatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada saingan Liga Super 2022.

Gonzalez tidak dapat diturunkan dalam dua aksi Liga Super dan pusingan pertama Piala FA sebelum ini berpunci kecederaan lutut yang dialaminya dan pemain berusia 32 itu berharap untuk dapat diturunkan pada perlawanan ketiga Lga Super ini bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada 6 April.

“Saya tidak sabar untuk turun beraksi di hadapan penyokong KDA FC dan berharap cergas untuk menentang Sri Pahang FC. Jika tidak kali ini, mungkin akan diturunkan pada perlawanan seterusnya (menentang Selangor FC).

“Saya suka melihat sokongan yang diberikan oleh penyokong kepada pasukan ini dan tidak sabar untuk beraksi,” katanya kepada pemberita semasa hadir di Majlis Pelancaran Jersi Ketiga KDA FC di Alor Setar baru-baru ini.

Gonzalez berkata, dia mengakui persaingan sihat berlaku di dalam skuad Sang Kenari bagi merebut kesebelasan utama malah Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak turut membuka ruang kepada semua pemain untuk membuktikan kemampuan setiap pemain.

(Visited 100 times, 1 visits today)

COMMENTS