MASA DEPAN NEGERI KEDAH ADA DITANGAN KAMU SEMUA! - USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR
MASA DEPAN NEGERI KEDAH ADA DITANGAN KAMU SEMUA! – USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR

MASA DEPAN NEGERI KEDAH ADA DITANGAN KAMU SEMUA! – USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR

Firdaus Shater | 23 Februari 2020

YAN – Program kepimpinan pelajar “Permata Kedahku” bagi peringkat Parlimen Jerlun secara rasminya melabuhkan tirai pada 22 Februari 2020. Seramai 84 orang peserta yang hadir dari 8 buah sekolah di sekitar Parlimen Jerlun. Mereka yang hadir menjayakan program pada kali ini adalah pelajar-pelajar yang berusia dari 15 hingga 18 tahun.

Berucap ketika majlis perasmian penutup Program Permata Kedahku peringkat Parlimen Jerlun, Pengerusi Akademi Kepimpinan Darul Aman menegaskan peri pentingnya peserta menghayati sejarah. “Sebagai orang muda, kamu semua perlu mempelajari sejarah kerana darinya ada ilmu yang sangat penting. Sejarah mengajar kita supaya menilai dan membuat keputusan dengan baik. Contohi ilmuan terdahulu yang hebat ilmunya, memberi manfaat walaupun telah kembali kepada Pencipta”, ujar beliau di dalam ucapan yang disampaikan semalam.

Ustaz Ridzwan juga sempat menguji pengetahuan am para peserta dengan mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan Parlimen Jerlun. “Seorang pemimpin perlu tahu tentang isu semasa dan peka dengan apa yang terjadi disekelilingnya, belajar untuk memahami dengan bertanya. Anda semua perlu ingat, masa depan negeri Kedah ini ada ditangan kamu semua! Inilah wajah-wajah pemimpin masa hadapan yang akan menggantikan kami semua suatu hari nanti”.

Program pada kali ini berjalan dengan sangat baik dan lancar. Kesemua peserta memberikan komen yang sangat positif dan berhasrat untuk menyertai lagi program-program yang bakal dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Darul Aman.

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS