Masih relevankah Thomas Trucha buat Penang FC?
Masih relevankah Thomas Trucha buat Penang FC?

Masih relevankah Thomas Trucha buat Penang FC?

Diakui Penang kini dalam situasi yang sangat getir apabila masih lagi gagal mencatat sebarang kemenangan musim ini dalam saingan Liga Super selain hanya keputusan seri dan tewas sahaja berjaya direkodkan.

Bekas Pemain Penang, Khairu Azrin menanduk bola ketika aksi menentang Kedah Darulaman FC

Trucha bermasalah musim ini untuk mencipta struktur baharu pasukan dengan pemain yang kurang berkualiti berbanding musim lalu.
Perginya pemain kunci dalam taktikalnya, seperti Khairu Azrin, Al Hafiz Harun, Azmeer Aris, dan David Rowley yang kerap membarisi kesebelasan utama memerlukan Trucha untuk mencari solusi baharu mengisi kekosongan tersebut.

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

Di posisi tengah bertahan pemain baharu mereka, Azzizan Nordin gagal untuk melepasi impak yang ditinggalkan Khairu Azrin atau David Rowley.

Posisi paling kritikal buat Penang setakat ini adalah pertahanan. Kapten mereka, Latif Suhaimi gagal untuk mengawal posisi tersebut dengan positif dan sering mencipta kesukaran buat rakan sepasukan lain.

Ditambah dengan kecederaan yang menimpa Rafael Vitor dan perginya Ryuji Otomo, pastinya menjadikan Penang yang kukuh di posisi tersebut musim lalu dirasai tahun ini.

Penang ada pemain baharu berkualiti iaitu Hilal El Helwe musim ini untuk memberi kesegaran di bahagian serangan dan berpasangan bersama Cassagrande. Masalah sekarang pula terletak pada Endrick Dos Santos dan Christian Rontini yang tidak memahami kehendak permainan serta lebih kerap menggunakan individual game play.

Untuk perlawanan ahad yang lalu, hanya Saravanan, Hilal, dan Khatul yang berjaya menggerakan pasukan untuk mencari kemenangan. Selebihnya, tiada.

Pemain Penang FC, meraikan jaringan Hilal ketika aksi menentang Kedah DA FC di stadium bandaraya

Berdepan Kedah, mereka ada kekurangan yang besar dari segi jurang kualiti pemain dan kelebihan import. Kedah tampil dengan empat pemain import semalam untuk memperkuatkan pasukan dengan baik.

Manakala Penang kehilangan khidmat dua tonggak utama sejak musim lalu, Cassagrande dan Rafael Vitor akibat kecederaan. Tanpa kedua pemain ini, Penang gagal mencipta organisasi pertahanan dengan baik serta hilang pemain yang boleh menyambut setiap hantaran lintang atau sebarang umpanan dalam petak gol untuk mencipta jaringan.

Penang beraksi dengan baik untuk separuh masa pertama bagi mengimbangi Kedah yang lebih lengkap dari segi pemain. Kesilapan mereka adalah disebabkan individu pemain dan Latif sekali lagi menjadi masalah buat rakan sepasukan.

Tak menyalahkan Trucha sepenuhnya. Malah lebih kasihan buat diri beliau. Hilang ramai tonggak musim lalu dan digantikan dengan pemain yang tidak begitu berkualiti.

Kecederaan import begitu dirasai beliau untuk meletakkan pemain gantian lain dalam kesebelasan utama.

Persoalan sama ada beliau masih relevan atau tidak, jawapannya YA untuk jangka masa panjang sekiranya penyokong dan pengurusan boleh bersabar untuk beliau bentuk kembali skuad yang rata-ratanya pemain baharu. TIDAK, jika mereka mahu keputusan segera dalam pasukan.

Trucha masih lagi ada falsafah yang baik cuba diterapkan dalam pasukan menerusi build up play dan gemar menggunakan pemain fizikal baik dalam pasukan.

Baca Juga : 4 Perkara Aksi ‘Comeback’ Kedah, ‘Pak Ngah’ & Vales jadi tumpuan

(Visited 316 times, 1 visits today)

COMMENTS