Masuk Muafakat Nasional: Umno "warning" Bersatu
Masuk Muafakat Nasional: Umno <em>“warning”</em> Bersatu

Masuk Muafakat Nasional: Umno “warning” Bersatu

UMNO memberi peringatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar parti itu tidak menggunakan penyertaannya dalam Muafakat Nasional (MN) untuk tujuan lain.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO tidak menghalang kemasukan parti itu menjadi sebahagian daripada MN.

“Walau bagaimanapun kemasukannya dalam MN janganlah digunakan pula untuk mendesak UMNO menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Menjadi sebahagian dari MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian daripada PN,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Semalam, pemangku Pengerusi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendokong PN sebagai gabungan besar atau the grand coalition.

Muhyiddin berkata, beliau percaya bahawa penyertaan dalam MN adalah pilihan terbaik untuk parti itu kerana berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara ini.

Sumber: Sinar Harian

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS