Maszlee Malik terkejut rekod pelajar berhenti sekolah meningkat
Maszlee Malik terkejut rekod pelajar berhenti sekolah meningkat

Maszlee Malik terkejut rekod pelajar berhenti sekolah meningkat

Sepanjang kes penularan wabak Covid-19 ini berlaku, dapat dilihat banyak sektor yang terkesan termasuklah sektor pendidikan.

Justeru, melalui laman Twitter peribadi Dr. Maszlee bin Malik, beliau telah meluahkan rasa kecewa terhadap rekod pelajar berhenti sekolah yang kini berlaku peningkatan sepanjang penularan wabak tersebut.

Menurut kenyataan Pemberitahuan Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4, Parlimen Ke-14, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjawab soalan yang diajukan oleh Tuan Noor Amin (Ahli Dewan Parlimen Kangar).

“Berdasarkan data bagi tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11, 301 orang atau 0.24% murid. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10, 015 orang atau 0.21% murid direkodkan berhenti sekolah.”- jawab KPM.

Dikatakan jumlah keseluruhan pelajar yang berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21, 316 orang (0.22%).

Komen Student 4Sumber: Twitter

Berdasarkan komen-komen yang diberikan, dapat dilihat pelbagai punca yang telah dibangkitkan oleh orang ramai mengenai isu ini. Manakala, persoalan salah siapa isu ini berlaku masih lagi tidak dapat diputuskan.

Rupa-rupanya, bukan Malaysia sahaja yang mengalami masalah pelajar berhenti sekolah ini. Tetapi, negara lain seperti Amerika Syarikat juga sedang berdepan dengan isu yang sama. Baca artikel di sini.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia melibatkan masa depan negara dan bangsa berpendidikan yang bakal dilahirkan. —Lobak Merah

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS