MB Kedah bila nak selesai masalah "Air Takdak" ni?
MB Kedah bila nak selesai masalah “Air Takdak” ni?

MB Kedah bila nak selesai masalah “Air Takdak” ni?

KUALA KEDAH – Masalah air di Kedah kini semakin kritikal apabila sekali lagi penduduk di Kampung Sungai Nonang terpaksa menanggung derita tiada sumber bekalan air terawat bermula bulan Ramadan lalu sehingga Syawal.

Apa yang menyedihkan penduduk kampung disini adalah, sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini terpaksa disambut dalam keadaan yang amat susah kerana tiada sumber air bersih.

Aduan demi aduan kepada pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah banyak kali dilakukan, namun sehingga hari ini tiada sebarang langkah proaktif yang dilakukan oleh pihak tersebut.

Mendengar keluhan penduduk di kampung Sungai Nonang yang tidak berkesudahan itu, ADUN Pengkalan Kundor, YB Dato’ Dr Ismail Salleh turun sendiri meninjau kesusahan yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

Kampung Sungai Nonang terletak di bahagian paling hujung dalam sistem bekalan air bersih dari LRA Pelubang. Loji ini sekarang berada di peringkat awal proses naik taraf yang akan menjamin bekalan air secara cukup dan berterusan apabila siap nanti.

Penduduk kampung disini sudah sedia maklum permasalahan tersebut dan mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti membuat takungan air hujan sekiranya gangguan air terawat semakin kritikal.

Episod gangguan kali ini bermula di awal bulan Ramadan dan dikhabarkan semakin teruk selepas Hari Raya Aidil Fitri. Bekalan terhenti beberapa hari apabila ban MADA di Jitra pecah. Masalah tersebut telah dapat diatasi sepenuhnya dan paras air di loji LRA Bukit Pinang telah kembali pulih.

Namun bekalan air terawat di kampung Sungai Nonang ini masih teruk. Ada rumah yang diberitakan tidak mendapat air terawat lebih dari tujuh hari. Mereka juga kecewa dengan sikap pegawai SADA dan perkhidmatan yang diberikan amat lemah.

Penghantaran air yang tidak berjadual menyusahkan penduduk untuk mengatur aktiviti harian, ada yang tidak dapat memasak, membasuh pakaian malah ada anak-anak yang tidak mahu ke sekolah kerana tidak dapat mandi.

Masalah yang sama juga pernah diutarakan pada tahun lalu, namun sikap pentadbiran SADA dan kerajaan negeri pimpinan YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi dilihat acuh tidak acuh untuk menyelesaikan masalah bekalan air terawat ini.

(Visited 474 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )