MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh
MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh

MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh

Mesyuarat pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-14 yang berlangsung dari 20 hingga 23 Mac 2022 dihangatkan dengan pertikaman lidah di antara Adun pembangkang dengan pihak kerajaan.

Ini susulan tindak balas penghujahan dari kerajaan yang diketuai oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor adalah diluar jangkaan.

Aduan dan pertanyaan yang diajukan oleh Adun Pembangkang dijawab dalam nada yang keras, menunjukkan Menteri Besar Kedah itu dalam keadaan marah.

Sebelum itu, Adun Kota Siputeh Dr.Salmee Said memohon penjelasan dari kerajaan apabila beliau mendapat aduan daripada seorang kontraktor yang telah menyiapkan kertas kerja pembinaan asrama di Unishams dan juga dibentang kepada pihak pengurusan Unishams.

Namun dikatakan pihak Unishams melalui konsultan mereka meminta bayaran awalan sebanyak RM3juta hingga RM4juta dari syarikat berkenaan sebelum diberikan kebenaran untuk membina asrama.

Jawapan balas yang diterima amat mendukacitakan apabila Menteri Besar tiba-tiba naik angin dengan soalan tersebut dan menuduh Adun Kota Siputeh membuat fitnah dalam dewan yang mulia.

Kedua-dua pihak telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook masing-masing dan rakyat dapat menilai sejauh mana kebenaran apa yang dikatakan oleh mereka.

SIDANG DUN KEDAH
Saya telah dituduh oleh MB Kedah buat finah didalam dewan yang mulia.

Saya hendak jelaskan yang saya tidak buat fitnah dan saya dapat aduan daripada seorang kontraktor daripada satu syarikat yang telah siap kertas kerja pembinaan asrama Unishams dan dibentang kepada pihak pengurusan Unishams tetapi pihak Unishams melalui konsultan mereka meminta dekat syarikat sebanyak Rm 3 hingga 4 juta untuk dibayar kepada mereka sebelum diberi kebenaran untuk membina asrama.

Pihak syarikat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan perkara ini juga berlaku kepada beberapa syarikat lain yang menghantar kertas kerja kepada pengurusan Unishams.

Saya hanya menyampaikan aduan tersebut dan minta penjelasan, kenapa pihak kerajaan tidak memberi penjelasan dan menyiasat aduan tersebut.

Cadangan untuk pembinaan asrama Unishams ini sudah pun dibincangkan sejak tahun 2018 lagi semasa saya menjadi EXCO Pendidikan tetapi belum ada apa-apa keputusan dibuat sehinggalah bertukar kerajaan dan timbul isu ini.

INIKAH AKHLAK YANG DITUNJUKKAN OLEH SEORANG MB KEDAH.

Kenyataan yang dibuat oleh Adun Kota Siputeh

BACA JUGA:

Sanusi bidas Mukhriz, tak kenal rakyat Kedah walaupun 2 kali jadi MB

Jangan bagi malu Kedah, ADUN DAP kritik kelakuan Sanusi

‘Kestabilan politik akan dicapai jika Umno jadi kerajaan semula’ – Sanusi

(Visited 135 times, 1 visits today)

COMMENTS