MB Kedah pertahan mengail ikan puyu bukan sebab tengah susah
MB Kedah pertahan mengail ikan puyu bukan sebab tengah susah

MB Kedah pertahan mengail ikan puyu bukan sebab tengah susah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah menyatakan bahawa aktiviti memancing ikan puyu yang dilakukan oleh segelintir rakyat di negeri ini bukanlah indikator yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kemiskinan rakyat negeri ini.

Menurut beliau, aktiviti itu telah wujud sekian lama semenjak beliau masih kecil dan ia dilakukan sebagai hobi secara turun-temurun.

“Ia merupakan aktiviti kegemaran kebanyakkan rakyat di negeri ini dan kerap dilakukan di kawasan tali air dan sawah padi sejak dahulu lagi,” ujar beliau.

Aktiviti memancing ikan di tali air

LAGI MENARIK:

MB Kedah naik angin ketika menjawab soalan dari Adun Kota Siputeh

Adun Kota Siputeh sahut cabaran MB Kedah

Sanusi berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sanusi berkata, kemungkinan pemimpin yang dilahirkan dalam keluarga mewah tidak dapat menghayati kehidupan yang dilalui oleh rakyat Kedah di kampung-kampung yang menjadikan aktiviti mengail ikan puyu sebagai aktiviti mengisi masa lapang dan keluarga.

Mengail ikan puyu bukan perkara baharu, sejak kecil saya dengan ibu dan ayah mengail puyu untuk dimakan, walaupun ada ikan laut dan udang di rumah, ini hobi kami. Tambahan pula, ikan puyu tidak dijual di pasar, hendak makan kena mengail di parit. Ia bukan petanda rakyat hidup miskin sangat, ini aktiviti orang kampung.

“Saya pun masih memukat ikan, bukan sebab tak ada duit tetapi sebab minat.

ADUN Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

“Mungkin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) tidak pernah kail ikan sebab lahir dalam keluarga senang, kami beranak (dilahirkan) dalam kebun getah dan jelapang padi sebab itu kami mengail,” katanya ketika perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar.

Susulan itu tular video respond balas dari rakyat Kedah yang dimuat naik oleh satu akaun Facebook atas nama Malaysia 30 yang mempertikaikan cara jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah itu. Video itu memaparkan seorang individu yang kurang berpuas hati dengan tindakan Sanusi yang dikatakan tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Sanusi dilihat tidak memberikan penyelesaian kepada masalah kesusahan yang dialami rakyat Kedah pada ketika ini. Sebaliknya MB Kedah itu membawa cerita zaman kecil beliau dan membuat perumpamaan bahawa mengail ikan puyu merupakan aktiviti rakyat Kedah sejak dari dulu lagi.

BACA JUGA:

Sanusi bidas Mukhriz, tak kenal rakyat Kedah walaupun 2 kali jadi MB

Jangan bagi malu Kedah, ADUN DAP kritik kelakuan Sanusi

(Visited 105 times, 1 visits today)

COMMENTS