MB Kedah Suka "Cakap Besar" Tapi Sampai Sekarang Retorik Sahaja - Asmirul
MB Kedah Suka “Cakap Besar” Tapi Sampai Sekarang Retorik Sahaja – Asmirul

MB Kedah Suka “Cakap Besar” Tapi Sampai Sekarang Retorik Sahaja – Asmirul

ALOR SETAR – Bercakap memang mudah kerana hanya perlu ucapkan sahaja tetapi hendak melaksanakan sesuatu perkara yang dicakapkan itu yang susah. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor terkenal dengan pengumuman demi pengumunan yang membuatkan rakyat yang mendegar buat kali pertama terpegun lebih-lebih lagi penyokong parti beliau, PAS.

Namun jika difikirkan dengan lebih teliti, sudah pasti pengumuman MB Kedah itu akan dilihat sebagai “cakap besar” untuk menyedapkan hati penyokong beliau sahaja. Sepanjang menjadi Menteri Besar, belum ada lagi kejayaan projek impak tinggi yang diilhamkan sendiri oleh MB Kedah dari parti PAS itu. Terbaru pengumuman beliau berkaitan dengan penanaman padi yang bakal dilaksanakan lima kali dalam tempoh dua tahun dilihat sebagi retorik terbaru dari MB Kedah itu.

Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris bingkas melontarkan beberapa persoalan buat Sanusi. Asmirul juga turut mempertikaikan siapakah penasihat Sanusi yang selalu memberikan idea populis tanpa memikirkan kemampuan kerajaan negeri untuk melaksanakannya.

Berikut adalah penulisan Asmirul yang boleh dijadikan panduan kepada penasihat MB Kedah sebelum membuat sesuatu cadangan atau pengumuman agar dilihat lebih cerdik dan berpijak di bumi yang nyata.

Setelah terbaca satu artikel berkenaan tajuk yang tertera di atas menyebabkan saya tersenyum sendirian sambil terdetik di dalam hati: “Siapalah agaknya yang menjadi penasihat MB Kedah. Mencari ‘mileages serta populist’ di tanah yang gersang?”.

Saya tidak pernah menafikan kewujudan penanaman padi 2 tahun sebanyak 5 kali. Boleh berlaku tetapi sejauh manakah hakikat ini mampu di laksanakan?

A. Kawasan manakah yang menjadi sasaran? 27 kawasan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) seliaan MADA? Atau pun di seluruh negeri Kedah?

1. EMPANGAN
Jika kawasan MADA yang perlu di ambil perhatian sudahkah di lakukan kajian keatas:
i. Jumlah air dari empangan:
a. Empangan Pedu
b. Empangan Muda
c. Empangan Ahning

Ketiga-tiga empangan ini tidak pernah atau mampu untuk memberikan pengairan dan saliran pertanian padi kepada petani di luar musim penanaman.

Empangan yang tersebut diatas juga tidak hanya di gunakan untuk tujuan penanaman padi malah juga di gunakan untuk:
a. Tujuan domestik (bekalan air minuman penduduk).
b. Tujuan industri (pelbagai sektor ekonomi seperti kilang dan sebagainya).
ii. YAB MB Kedah harus faham bahawa air untuk tujuan penanaman padi terhasil daripada:
a. Aliran empangan = 30%
b. Air hujan = 50%
c. Air lebihan sedia ada = 20 % dalam bendang (recycle water)

2. BENIH SUBSIDI
Sehingga tulisan ini di tulis, pihak petani sentiasa menghadapi masalah bekalan benih setiap musim. Boleh di katakan setiap musim penanaman mempunyai masalah untuk mendapatkan benih. Harus diingat! Pembuatan/Pembekal benih padi di tanam oleh pihak yang mendapatkan kontrak membekal di luar musim penanaman sebenar.

Saya tidak ingin menyatakan di sini pihak manakah yang mendapat kontrak membekalkan benih padi. Apa yang jelas serta harus kita fahami mengenai penanaman padi yang terlaksanakan di Malaysia adalah berasaskan “Food Security (keselamatan makanan untuk penduduk)”. Bukan berasaskan komersial seperti kelapa sawit atau pun getah.

Di atas nama food security lalu pihak kerajaan memberikan subsidi kepada setiap penjualan benih padi. Itu belum lagi saya jelaskan secara panjang lebar mengenai kemasukan penjualan benih yang melambung tinggi di pasaran gelap sehingga menyukarkan penanam padi untuk mendapatkannya.

Hampir tidak pernah terdengar kawalan penguatkuasaan undang-undang terhadap penjual benih padi secara gelap. Penjualan secara gelap berlangsung secara tidak langsung. Bagaimanakah pihak MB akan menjalankan penanaman di luar musim?

3. RACUN SUBSIDI
Tanyalah mana-mana penanam padi hakikat bekalan racun yang di terima tidak pernah memuaskan. Atau dengan kata lain kualitinya sentiasa meragukan. Kadang kalanya lambat untuk mendapatkannya. Sedangkan anak padi telah menginjak usia. Malah ada petani yang terpaksa membeli sendiri racun dengan menggunakan duit poket bagi melihat perkembangan terbaik hasil pengeluaran padi.

4. BAJA (Fertilizer) SUBSIDI
Penggunaan baja subsidi adalah berhubung serta berkait rapat dengan racun. Setiap penggunaannya mestilah tepat mengikut kadar umur tanaman. Tidak boleh lewat atau pun terawal. Mesti mengikut kadar serta masa yang di tetapkan supaya tanaman akan menjadi subur. Bekalan baja mestilah tepat sampai ke tangan petani.

5. TANAH JERLUS (Follow period)
Kawasan sawah yang sentiasa terendam oleh air serta penggunaan tanah secara berterusan tanpa tempoh rehat menyebabkan tanah tidak sempat kembali neutral keras secara fizik ke tahap normal sehingga menyebabkan ianya menjadi JERLUS serta tidak sihat untuk penanaman musim berikutnya.

Apa akan jadi? Ianya akan menjejaskan hasil tuaian padi (pendapatan petani) serta bekalan beras temapatan dan menyebabkan ramai petani akan hilang pendapatan mengikut tuaian sebagaimana kebiasaan.

YAB MB kena faham ‘follow period’ (tempoh masa rehat) untuk penanaman padi di Kedah ialah selepas musim mengerat bulan Disember (musim kemarau). Samada bulan 1 atau 2 dan 3. Sebelum kembali semula kepada musim pertama penanaman padi tahun berikutnya.

6. PENYELENGGARAAN JALAN LADANG
Bahasa mudahnya ialah kos baik pulih jalan ‘Ban MADA’ akibat kekerapan penggunaan keluar masuk lori mengangkut padi, traktor pembajak dan mesin mengerat padi . Sekali lagi harus di fahami, kebanyakan jalan ini telah di turap sebagai jalan kedua untuk kegunaan orang ramai. Kini jalan tersebut tidak lagi hanya timbunan kasaran batu.

7. KEWANGAN
Tiga agensi kerajaan yang berkait rapat dengan penanaman padi:
i. MADA (Pengairan)
ii. Jabatan Pertanian (Pengawalan Mutu Benih)
iii. MARDI (Varieti Padi)

a. Sudahkah ada budget untuk Kementerian Pertanian oleh Kewangan Negara di naikan kepada ketiga-tiga agensi ini? Sepanjang yang saya ketahui peruntukan Kementerian untuk MADA juga kini semakin berkurangan.
b. Sudahkah disediakan cadangan kewangan yang cukup untuk semua perkara yang saya sebut di atas?

Bukan rahsia lagi. Cubalah tanya anggota MADA Ampang Jajar, Alor Setar, sudahkah mendapatkan peruntukan untuk menukar bumbung bangunan yang bocor? Nak tunggu sampai bila? Malah jika hendak di kupas lebih banyak lagi perkara yang harus di ambil kira.
Itu baru saya sebut mengenai bumbung MADA Ampang Jajar. Belum sebut keadaan MADA di tempat lain lagi. Belum sebut pelbagai fasilitis serta kemampuan yang lain yang perlu ada.

Penanaman Padi di luar kawasan MADA. Ada berapa banyakkah jenis benih padi di Malaysia yang boleh di kembangkan untuk di jadikan tanaman untuk kawasan yang mempunyai tandahan hujan yang sedikit?

Benih yang sedia di dalam PPK MADA hanya terbaik untuk penanaman padi bagi kuantiti air yang banyak. Mungkin pihak YAB MB boleh usahakan pelbagai lagi benih padi untuk kawasan pendalaman yang sukar untuk mendapatkan air?

Saya hentikan dahulu penulisan ini di sini. Di ulang sekali lagi: Realiti atau Retorik? Elok juga jika YAB MB Kedah boleh selesaikan semua perkara yang saya sebut di atas! Bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong. Siapalah tahukan? Bukan sekadar hanya sembang!

(Visited 304 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )