"MB Kedah tidak faham antara mandat rakyat dan tebuk atap".
“MB Kedah tidak faham antara mandat rakyat dan tebuk atap”.

“MB Kedah tidak faham antara mandat rakyat dan tebuk atap”.

Alor Setar : Sudahlah merampas kerajaan mengikut pintu belakang, malah tidak memahami konsep mandat rakyat dan tebuk atap. Istilah pintu depan atau belakang dan lain-lain merujuk kepada mandat rakyat berikan semasa pilihanraya. Jika rakyat yang memberi mandat dalam pilihanraya kepada parti-parti yang bertanding untuk membentuk kerajaan, maka itu adalah proses demokrasi yang telah berjalan puluhan tahun lamanya dan telah difahami oleh rakyat. Maka, kerajaan yang di bentuk ini adalah kerajaan yang sah dan masuk membentuk kerajaan melalui pintu hadapan. Dalam konteks negara kita dalam PRU 2018 yang lalu rakyat telah memilih Pakatan Harapan untuk memerintah.

Di sebaliknya kerajaan yang di bentuk bukan dari mandat rakyat juga membentuk kerajaan yang sah tetapi di istilahkan sebagai masuk ke rumah melalui dapur, tingkap atau atap( bumbung). Dalam konteks negara kita sekarang inilah kerajaan Perikatan Nasional.

Mereka menubuhkan kerajaan melalui kerjasama hasil dari agenda peribadi masing-masing sama ada inginkan jawatan Perdana Menteri atau kerana ingin melepaskan diri dari kesalahan Kleptokrasi atau kerana dendam atas nama sentimen bangsa dan agama.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh berkata kerajaan Kedah yang ada sekarang adalah bukan dari pilihan rakyat.

” Kerajaan Kedah hari ini telah merampas kerajaan Pakatan Harapan dan Ppbm melalui hasil kerjasama pengkhianat dan penyokong kepada pengkhianatan mandat rakyat. Inilah maksud pintu belakang ataupun tebuk atap”.

“Lebih jahat lagi mereka lakukan ini semua dikala seluruh jentera kerajaan bertungkus lumus melawan ancaman Covid-19 dan di bulan Ramadan ketika seluruh umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa”.

Ismail berkata lagi, ” Mereka gelojoh ingin berkuasa, lalu lupa akan mandat rakyat yang diberikan, bermula dengan Kerajaan Persekutuan, di ikuti Negeri Johor, Melaka dan Perak dan yang terbaru adalah pada 17 Mei 2020 iaitu Kedah. Mereka masih bernafsu amarah untuk mengambil alih Negeri Sembilan dan Sabah, malah juga Negeri Selangor “.

Tambah Ismail lagi, “Kerajaan Pakatan Harapan dan Ppbm adalah Kerajaan yang terbaik selepas memerintah pada tahun 2018, dan beberapa perubahan telah dilaksanakan, antara lain Kedah telah berjaya menarik pelabur sehingga berada di tempat yang ketiga tertinggi di antara negeri di Malaysia”, katanya di sini.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS